Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid

Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid
link : Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid

Baca juga


Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid

BAGAN DATUK: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO akan memecat mana-mana ahlinya yang didapati bertindak sebagai penaja, penyokong atau pencadang kepada calon pembangkang dan Bebas dalam hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata tindakan tegas perlu dikenakan kepada kesemua ahli yang didapati berbuat demikian kerana ia jelas bertentangan dan melanggar perlembagaan parti secara jelas.

"Seperti yang termaktub dalam perlembagaan UMNO, bukan sahaja yang tercalon, tetapi penyokong dan terlibat secara langsung kepada penajaan calon-calon parti lain akan secara automatik terkeluar dari UMNO,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan program NBOS: 1AMANWEEK 2018 Banteras Jenayah dan Perangi Dadah di Dataran Bagan Datuk di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan calon dan penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk juga meluahkan rasa terima kasih kepada semua parti politik termasuk pembangkang yang tidak menimbulkan sebarang kekecohan malah menjaga disiplin serta tertib penyokong pada hari penamaan calon semalam.

Ahmad Zahid juga Menteri Dalam Negeri itu berkata sepanjang proses penamaan calon pada Sabtu beliau mengesahkan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku yang memerlukan campur tangan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, kesemua anggota dan pegawai polis yang terlibat di dalam proses penamaan calon di 222 pusat termasuk pedalaman Sabah dan Sarawak serta lokasi panas memainkan peranan yang amat efisien malah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal keadaan sekitar.

Malah, beliau memuji tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang menyarankan kesemua pegawai dan anggota melaksanakan inisiatif pendekatan secara holistik dan lebih daripada arahan hakiki untuk mengawal selia kesemua pusat penamaan itu.



Sumber Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid


Demikianlah Artikel Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid

Sekianlah artikel Tindakan tegas kepada ahli UMNO jadi calon, sokong kempen parti lain - Ahmad Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: