Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri

Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri
link : Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri

Baca juga


Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri

Ahmad Dusuki bakal ditentang calon BN Jumaeyah Masdi dan calon PKR Mohd Najwan Halimi di DUN Kota Anggerik. — Foto ihsan Facebook/Ahmad DusukiAhmad Dusuki bakal ditentang calon BN Jumaeyah Masdi dan calon PKR Mohd Najwan Halimi di DUN Kota Anggerik. — Foto ihsan Facebook/Ahmad DusukiSHAH ALAM, 29 April — Calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Ahmad Dusuki Abdul Rani dilihat seperti membuka pekung di dada apabila mendakwa rumah urut dan premis judi semakin berleluasa di Shah Alam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Umno Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata tindakan Ahmad Dusuki selaku Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam itu secara tidak langsung mengakui kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang pernah dianggotai PAS dalam menangani isu berkenaan.

"Semasa Selangor di bawah pentadbiran BN, isu seperti rumah urut, judi dan sebagainya langsung tidak wujud, tetapi apabila gabungan pembangkang PKR, PAS dan DAP (ketika itu) mentadbir, premis tidak bermoral ini semakin bertambah di kawasan Shah Alam.

"Saya  tidak faham, mengapa masa pilihan raya baru dia (Ahmad Dusuki) bangkitkan hal ini sedangkan dia merupakan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala PAS sendiri adalah sebahagian parti yang mentadbir kerajaan negeri sejak hampir 10 tahun lalu," katanya ketika ditemui pemberita selepas  mengadakan program ramah mesra bersama penduduk Bukit Jelutong, di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular satu rakaman video hampir tiga minit mengenai ucapan Ahmad Dusuki dipercayai dalam salah satu ceramahnya di sekitar bandaraya ini.

Dalam video berkenaan Ahmad Dusuki mendakwa pembangunan yang dipelopori kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR di Seksyen 7 dan Setia Alam di sini membawa kepada kewujudan lebih banyak kawasan maksiat seperti premis urut serta judi di Shah Alam.

Pendakwah itu yang bakal ditentang calon BN Jumaeyah Masdi dan calon PKR Mohd Najwan Halimi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, juga berkata terdapat banyak rumah urut di Seksyen 25, Seksyen 18 dan beberapa kawasan lain di Shah Alam.

Pada masa sama, Azhari yang juga calon BN bagi kawasan  Parlimen Shah Alam mahu para pengundi di kawasan Parlimen itu melihat  sikap PAS dan PKR yang sebelum ini sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan jawatan sehingga mengabaikan amanah yang diberikan kepada mereka.

Pada PRU14 ini, Azhari berdepan pertandingan tiga penjuru apabila beliau bakal ditentang calon PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan penyandang kerusi Parlimen itu Khalid Abdul Samad daripada Amanah. Ketika memenangi kerusi itu pada PRU13, Khalid bertanding atas tiket PAS. — Bernama



Sumber Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri


Demikianlah Artikel Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri

Sekianlah artikel Bongkar rumah urut, calon BN hairan PAS buka pekung sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: