Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar

Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar
link : Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar

Baca juga


Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar

SEPANGGAR: Pencalonan bagi kerusi Parlimen Sepanggar dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Karambunai dan Inanam, kali ini bakal menyaksikan pertandingan sehingga enam penjuru.

Bagi kerusi Parlimen P. 171 Sepanggar menyaksikan pertembungan empat penjuru yang dibarisi calon BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ditentang calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Azis Jamman, Robert Sopining daripada Parti Cinta Sabah (PCS) dan Jeffrey Kumin daripada gabungan Sabah.

Untuk DUN N. 12 Karambunai pula, menyaksikan pertembungan empat penjuru yang mana penyandang kerusi itu, Datuk Jainab Ahmad Ayid bakal menentang tiga calon lain terdiri daripada Azhar Matzssin (Warisan), Ahsim @ Oyok Jamat daripada gabungan Sabah dan Aspar Oyer @ Akbar (Pas).

Azis, calon Warisan mendakap bersama Abdul Rahman (calon BN) pada hari penamaan calon di Sepanggar hari ini.
Sementara itu, bagi DUN N. 13 Inanam pula, pertembungan enam penjuru menyaksikan calon BN, Datuk Johny Goh diletakkan harapan untuk merampas kembali kerusi tersebut yang akan menentang lima calon lain iaitu Kenny Chua Teck Ho daripada gabungan pembangkang PKR), John Stephen Dionysius daripada gabungan Sabah, Terence Tsen daripada Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN), Jakariah Janit daripada Parti Kebanggsaan Sabah dan Situl Mintow merupakan calon bebas.

Pengumuman Penamaan Calon bagi Parlimen dan DUN itu dibacakan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Karim Rahim pada pukul 1.47 petang di Pusat Penamaan Pembelajaran Bandaraya Kingfisher di sini hari ini.

Barisan kepimpinan BN Bahagian Sepanggar.




Sumber Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar


Demikianlah Artikel Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar

Sekianlah artikel Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: