Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja

Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja
link : Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja

Baca juga


Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki Bawah-18 tahun negara mencipta sejarah, apabila buat kali pertama layak ke Sukan Olimpik Remaja, selepas menewaskan Korea Selatan pada aksi separuh akhir Kelayakan Asia Sukan Olimpik Remaja 2018 (5 Sebelah) pada Sabtu.

Pada aksi di Stadium Queen Sirikit, Bangkok, Thailand itu, kedua-dua pasukan terikat 4-4, sebelum Malaysia menumpaskan Korea Selatan 5-4 dalam penentuan pukulan penalti untuk mara ke final, sekali gus menempah slot ke Sukan Olimpik Remaja yang dijadual berlangsung di Buenos Aires, Argentina dari 6 hingga 18 Okt ini.

Empat gol padang skuad kendalian Wallace Tan itu dijaringkan Akhimullah Anuar Esook pada minit keempat dan ketujuh; Noor Firdaus Rosdi (minit kelima) dan Amirul Hamizan Azahar (minit ke-22).

Korea Selatan pula menjaringkan gol menerusi Bae Soung pada minit kedua, Chun Semin (minit kelima), Lee Seyong (minit ke-12) dan Jang Pilhyeok pada minit ke-26.

"Ini kali pertama kita layak ke Sukan Olimpik Remaja... Pemain menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk berjuang sehingga ke pukulan penalti terakhir walaupun seri 4-4.

"Kita akan berjumpa India pada final esok. Walaupun kita sedang bergembira sekarang, kita masih ada satu perlawanan yang memerlukan fokus penuh esok (Ahad)," katanya menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada Bernama oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod, Malaysia mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B selepas mengalahkan Kemboja 23-0, Taiwan 10-0, Bangladesh 7-4, Pakistan 12-1 dan Singapura 7-1.

Sementara itu, skuad wanita gagal mengiringi skuad lelaki ke final, sekali gus impian meraih kelayakan ke Argentina secara automatik tidak kesampaian apabila tewas 2-4 kepada India pada saingan separuh akhir.

Skuad kendalian Yahya Atan itu akan bertemu Korea Selatan pada aksi penentuan tempat ketiga-keempat, pada Ahad.

-- BERNAMA



Sumber Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja


Demikianlah Artikel Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja

Sekianlah artikel Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: