Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno

Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno
link : Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno

Baca juga


Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno

Datuk Mohd Puad Zarkashi mahu terus kekal sebagai ketua Umno Batu Pahat dan anggota MT Umno.—Foto BernamaDatuk Mohd Puad Zarkashi mahu terus kekal sebagai ketua Umno Batu Pahat dan anggota MT Umno.—Foto BernamaJOHOR BAHRU, 29 April — Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah memutuskan untuk kekal dalam Umno bagi membolehkannya terus berkhidmat kepada masyarakat.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus mengenepikan desas-desus kononnya beliau akan keluar daripada parti berikutan ketidakpuasan hatinya dalam soal pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Johor apabila namanya digugurkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14).

“Seperti kenyataan awal, saya bukan menentang perjuangan Umno tetapi hanya tidak berpuas hati dengan sistem yang dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Oleh itu, buat sementara waktu saya akan terus kekal sebagai Ketua Bahagian Umno Batu Pahat dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno,” kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu kepada Bernama ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd Puad berkata dalam tempoh itu, beliau juga akan menjalankan tugas sebagai pemimpin masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan biarpun belum mempunyai perancangan jelas terhadap pekerjaan yang bakal dilakukan.

“Dari segi pekerjaan saya belum memikirkannya lagi. Saya mahu berehat dan menghabiskan penulisan buku yang terbantut kerana kesibukan. Buku itu yang berjudul “Membela Sekolah Pedalaman. 8 Jam Berjalan Kaki” hampir siap iaitu berkenaan pengalaman saya ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dulu,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan berdepan ketidakselesaan untuk berbincang isu-isu kawasan dengan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan kelantangannya mengkritik pemimpin itu secara terbuka sebelum ini, beliau berkata beliau tiada masalah.

“Dalam MT pun saya sering mengkritik, maka sudah tentu dalam mesyuarat Umno Perhubungan negeri tiada masalah untuk saya terus bersuara,” katanya.

Semalam, Mohd Puad yang dikhabarkan akan bertanding atas tiket Bebas setelah kecewa berikutan pengguguran namanya sebagai calon, tidak muncul di pusat penamaan calon di Pejabat  Daerah Batu Pahat.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan keputusan tersebut diambil (tidak bertanding) setelah mendapat nasihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. — Bernama



Sumber Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno


Demikianlah Artikel Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno

Sekianlah artikel Puad Zarkashi mahu kekal dalam Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: