Judul : "Saya rasa sunyi dan kosong..." Luahan Akim
link : "Saya rasa sunyi dan kosong..." Luahan Akim
"Saya rasa sunyi dan kosong..." Luahan Akim
Penyanyi popularAkim Ahmad telah meluahkan perasaannya.Akim yang merupakan suami kepada Stacy telah mengaku bahawa jiwanya berasa sunyi dan kosong selepas kehilangan ibu tercinta.
Untuk pengetahuan Allahyarham ibunya, Aminah Bahari meninggal dunia pada 5 Mei lalu.
Akim berkata dia berada di dalam industri seni adalah disebabkan berkat doa ibunya.
Ini luahan Akim:
"Saya dalam industri seni sebenarnya disebabkan berkat doa ibu. Tanpa doa dia, saya rasa tak ada upaya untuk langkah lebih jauh.
"Apabila dia dah tak ada, saya rasa sunyi dan kosong. Apa yang saya lakukan selama ni hanya demi dia.
"Tak ada paksaan daripada arwah, tak ada saya di sini. Satu perasaan yang sangat-sangat sedih. Tak pernah rasa sedih seperti ini,"
Sehingga kini Akim tak pernah berbicara dan mendedahkan punca kematian ibunya itu.
Ekoran kehilangan insan tercinta, Akim telah mengambil masa lebih satu bulan untuk bangkit meneruskan kehidupannya.
Penyanyi utama kumpulan Akim And The Majistret ini, dia mendapat kekuatan semula apabila mengingati pesanan arwah ibunya.
Ini kenyataan Akim lagi:
"30 hingga 40 hari juga saya dapat balik keyakinan dan semangat untuk sambung semula kerja-kerja yang tertangguh.
"Sebelum arwah pergi, dia ada berpesan kepada saya. Sebagai anak lelaki, saya perlu jadi kuat. Macam mana pun kena kuat.
"Itu yang membuatkan saya berfikir untuk teruskan hidup, jangan kenang sangat, tidak elok juga untuk orang yang sudah tiada,"
Dalam pada itu, Akim juga memberitahu dia mendapat kekuatan dan sokongan daripada orang sekeliling terutama isteri, Stacy dan bapanya.
"Saya tak nak lihat ayah bersedih. Kalau ikutkan, dia yang paling sedih sebab kehilangan yang besar buat seorang suami.
"Tugas seorang anak bagi semangat dan sokongan moral untuk dia rasa tenang dan tak memikirkan sangat tentang arwah ibu saya,"
Itulah luahan Akim yang kehilangan ibunya.
Sumber: mStar