Rasulullah SAW: Tauladan Terbaik Dalam Hak Asasi Manusia

Rasulullah SAW: Tauladan Terbaik Dalam Hak Asasi Manusia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Rasulullah SAW: Tauladan Terbaik Dalam Hak Asasi Manusia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasulullah SAW: Tauladan Terbaik Dalam Hak Asasi Manusia
link : Rasulullah SAW: Tauladan Terbaik Dalam Hak Asasi Manusia

Baca juga


Rasulullah SAW: Tauladan Terbaik Dalam Hak Asasi Manusia

Dalam membicarakan tentang hak asasi manusia, pasti akan terlintas dalam fikiran ramai tentang kod undang-undang Raja Cyrus the Great melalui Cyrus Cylinder, Kod Undang-undang Hammurabbi, serta penemuan Magna Carta dalam lipatan sejarah. Satu lagi tokoh yang tidak harus dilupakan tentang pengamalan keadilan serta penjagaan hak asasi manusia adalah Rasulullah SAW atau Muhammad bin Abdullah, utusan Allah SWT dalam mengajar manusia ilmu tentang Islam dan membawa manusia ke arah sinar cahaya daripada kegelapan.

Rasulullah SAW atau Muhammad bin Abdullah diutuskan Allah SWT untuk mengajar manusia tentang agama Islam, iaitu agama samawi. Agama Islam mengajar manusia untuk menyembah Allah SWT iaitu Tuhan yang Esa dan Maha Berkuasa, percaya kepada nabi dan rasul, percaya kepada al-Quran sebagai kitab utama bagi umat Islam dan wahyu daripada Allah SWT, percaya kepada hari kiamat sebagai tempat kembali manusia dan tempat menerima pembalasan atas amalan yang dilakukan sewaktu hidup, serta percaya kepada qada’ dan qadar. Islam adalah agama yang meliputi seluruh kehidupan manusia serta merangkumi semua perkara daripada akidah, syariah, akhlak, muamalat, kesihatan, ekonomi dan banyak lagi. Daripada sekecil kecil perkara seperti membasuh tangan sebelum makan sehingga perkara yang besar dalam kehidupan manusia seperti perwarisan harta pusaka terkandung dalam ajaran Islam yang berpandukan wahyu al-Quran dan hadis, serta contoh ikutan akhlak Rasulullah SAW yang berpandukan wahyu.

Bercakap mengenai hak asasi manusia, Rasulullah SAW merupakan seorang tauladan yang terbaik untuk kita belajar dan dijadikan contoh dalam kehidupan. Dua orang pakar sejarah dunia Islam daripada Barat, iaitu William Montgomerry Watt dan Bernard Lewis mengakui bahawa manusia bernama Muhammad bin Abdullah adalah manusia terbaik dalam mengangkat sosial masyarakat di tanah Arab dan memberi impak yang besar kepada kehidupan sosial penduduk dunia melalui ajaran Islam.

Apa yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW tentang hak asasi manusia boleh dilihat di dalam sirah Baginda SAW, contohnya seperti dalam Perjanjian Hudaibiyah dan juga Piagam Madinah yang dirangka oleh Baginda SAW dengan bantuan wahyu Allah SWT. berikut adalah beberapa fasal di dalam Piagam Madinah yang menunjukkan tentang prinsip keadilan dan mengangkat hak asasi manusia dalam kehidupan:

FASAL ISI KANDUNGAN
2 Bahawa mereka (penduduk Madinah) adalah satu umat berbeza dari manusia-manusia (kabilah, kaum) yang lain.
12 Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan, untuk membayar wang tebusan darah dengan adil.
13 Bahawa orang-orang yang beriman lagi bertaqwa, hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman, atau dosa, atau perseteruan, atau kerosakan di kalangan orang-orang yang beriman, dan mereka hendaklah bersatu sama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu adalah anak kepada salah seorang dari mereka.
15 Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang mu’min hendaklah saling menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang-orang lain.
37 Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang kena zalim.

John Esposito, seorang lagi pengkaji sejarah Islam daripada Barat juga ada menukilkan bahawa agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW berjaya mengubah prinsip akhlak dan sosial manusia yang teruk. Kehadiran Rasulullah SAW dengan sinar Islam memberi perubahan besar dalam masyrakat manusia yang pada ketika tu dipengaruhi nafsu dan kegelapan ilmu moral dan pendidikan adab dan akhlak. Antara ajaran Rasulullah SAW seperti menghapuskan penghambaan, memuliakan dan mengangkat darjat wanita yang rendah di pandangan penduduk Arab dan Barat ketika itu, menjaga status wanita sama ada sebelum, semasa atau selepas berkahwin, menghapuskan amalan hamba, menjaga maruah manusia melalui pengharaman zina dan hubungan bebas, menjaga harta manusia melalui pengharaman amalan mencuri, merompak, riba dan menipu dalam perniagaan.

Jika kita singkap sirah Baginda SAW, kita akan berjumpa dengan pelbagai kisah yang merujuk kepada pelaksanaan hak asasi manusia, beratus tahun sebelum bermulanya Deklarasi Hak Asasi Manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai contoh, sewaktu Baginda tinggal di Makkah, pernah Baginda dipulaukan oleh musyrikin Makkah lantaran menyebarkan agama Islam yang bertentangan dengan agama penyembahan berhala ketika itu. Namun sebaik sahaja berlaku kisah pembukaan Makkah pada tahun ke 8 Hijriyyah, Baginda memaafkan dan melepaskan semua musyrikin Makkah atas prinsip kemaafan dan hak kemanusiaan. Tindakan Rasulullah SAW ini adalah selari dengan artikel 1 Deklarasi Hak Asasi Manusia :

Article 1.

All human beings are born free and equal in dignity and rights. They are endowed with reason and conscience and should act towards one another in a spirit of brotherhood.

Prinsip Rasulullah SAW dalam hal ini sewaktu kisah pembukaan Makkah ini menjadi pujian bagi pengkaji peribadi dan sirah Baginda di seluruh dunia, bahkan diangkat sebagai satu tindakan paling penting yang mesti dipraktikkan jika berlaku konflik di mana-mana tempat.

Kisah daripada sirah Baginda, serta pujian daripada bukan Islan terhadap peribadi dan peninggalan Baginda seperti piagam Madinah menunjukkan kepada kita bahawa tiada tauladan terbaik yang boleh diambil dalam merujuk isu hak asasi manusia melainkan Rasulullah SAW.  Semoga manusia amnya dan Muslim secara khususnya dapat mencontohi ajaran dan prinsip yang dibawa oleh Rasulullah SAW, dan secara tak langsung mampu memartabatkan prinsip kemanusiaan selari dengan tuntutan Islam, sekali gus mengangkat kehormatan Islam di mata dunia.

RUJUKAN

  • A Short History of Human Rights (https://ift.tt/2KVsF5v now/Part-1/short-history.htm)
  • Esposito, John. L. 2005. Islam The Straight Path Revised Third Edition. Oxford University Press
  • Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Hak Asasi Manusia dalam Islam dan Deklarasi PBB. Venton Publishing.
  • Roziah Sidik et al. Pengajian Islam Edisi Kedua. Penerbit Oxford Fajar.
  • Mir Tamin Ansary. 2014. Sejarah Dunia dari Sudut Pandang Islam. Adiwarna
  • https://ift.tt/2NvVsiN
  • http://mawdoo3.com/في_أي_عام_تم_فتح_مكة
  • https://ift.tt/2L0qY6S
  • https://ift.tt/2NzmRAE
  • Bernard Lewis. 1998. Islamic Revolution. Archived 8 April 2010 at the Wayback Machine. (https://ift.tt/2KVsE1r articles/4557)


Demikianlah Artikel Rasulullah SAW: Tauladan Terbaik Dalam Hak Asasi Manusia

Sekianlah artikel Rasulullah SAW: Tauladan Terbaik Dalam Hak Asasi Manusia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: