Judul : Muslim Uighur Yang Tertindas Di Xinjiang, China.
link : Muslim Uighur Yang Tertindas Di Xinjiang, China.
Muslim Uighur Yang Tertindas Di Xinjiang, China.
“Pedang telah dihunus, dan kita akan mendengar dentuman guruh,” kata Chen Quanguo kepada pegawai-pegawainya. “Saudara: adakah anda bersedia?” teriak wakil Xi Jinping itu. China telah melancarkan penindasan sistematik terhadap muslim Uighur.
“Kami semua bersedia!” Balas pegawai-pegawai China dengan garang.
Xinjiang asalnya dikenali sebagai Turkistan Timur. Dibuka di zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah lagi. Ianya wilayah Islam sebelum dijarah komunis China. Xinjiang adalah wilayah yang bersempadan Pakistan dan Afghanistan. Hampir 4/5 penduduk selatan Xinjiang keturunan Uighur. Tanah air kepada kira-kira 10 juta kaum muslimin ini sekarang sedang dijajah & diratah teruk oleh China sejak tahun 1949 hinggalah sekarang. Salah satu strategi China bagi melemahkan muslim Uighur, ialah dengan meningkatkan populasi etnik Han yang bukan muslim. Dengan ini, pengaruh Islam semakin berkurang. Semakin ramai cina non-muslim, semakin lemah muslim Uighur.
Sejak tempoh penjajahannya hingga ke hari ini, China dengan kejamnya telah membunuh sebanyak 60 juta lebih umat Islam Uighur. 10 kali ganda ramainya dari jumlah para syuhada Bosnia, Iraq, Afghanistan, Chechnya & Palestin. Pada tahun 1952 sahaja, China telah menghukum bunuh 120,000 orang dari umat Islam di sana yg kebanyakkannya adalah para alim ulama, dan perkara ini telah disebut sendiri oleh Burhan Syahidi iaitu salah seorang pemerintah Turkistan Timur ketika itu. Hampir 200 orang terbunuh dan lebih daripada 1,000 cedera dalam rusuhan pada bulan Julai 2009. Muslim Uighur, marah terhadap diskriminasi daripada majoriti etnik Han China dan kerajaan. Kerajaan bertindak balas dengan mengerahkan tentera menahan ribuan demonstran. Internet terus shut down.
Dari tahun 1949 hingga 1979, penjajah China telah meruntuhkan 1000 buah masjid di sana. Dari tahun 1979 hingga sekarang, penjajah ini telah mengunci 1200 masjid, dan telah cuba sedayanya utk menukarkan sebahagiannya menjadi pusa pejabat parti komunis. Bukan setakat cuba menyekat umat Islam dari beribadat di masjid-masjid, malah ibadat puasa di bulan Ramadan juga adalah dilarang. Juga tidak dapat dipastikan adakah sambutan hari raya aidilfitri disana masih kekal wujud ataupun tidak. Kebencian mereka juga cukup memuncak terhadap para pembaca & pencinta al Quran. Hingga kini, mereka telah membakar 370,000 pusat-pusat tahfiz al Quran di kota Urumqi, ibu kota Xinjiang. Undang-undang China memaksa ibu bapa untuk mengubah nama-nama Muslim semua kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. Sesiapa saja yang mengajarkan tentang Islam akan dipenjara selama dua tahun.
China juga telah memaksa 54,000 orang pegawai-pegawai agama bekerja sebagai tentera kerahan. Mereka juga telah membakar wanita berhijab yang enggan menanggalkan hijab mereka. Muslimah dibakar hidup-hidup di kota Kashgar dan kota-kota lain. Pemerintahan kukubesi itu tidak mempunyai belas kasihan.
Sekitar tahun 2017, China telah memaksa pihak kerajaan Mesir untuk menyerahkan pelajar-pelajar al Azhar dari Xinjiang dikembalikan ke negara mereka, habis berselerak muslim Uighur yang malang ini lari menyorok & menyembunyikan diri di sekitar Madinah Nasr, Kaherah. Ibu bapa mereka ditahan & diugut bunuh andai tidak pulang. Ramai yg ditangkap & diserahkan secara paksa. Hingga kini juga tidak diketahui adakah pelajar-pelajar tersebut masih hidup atau sudah bergelar syuhada.
Mesir menangkap pelajar Uyghur sebagai pengusiran atas perintah China, menurut Human Rights Watch. Sekurang-kurangnya 70 lelaki dan wanita telah ditangkap. Rejim zalim Sisi menceroboh rumah ke rumah. Presiden Mesir itu telah membuang nilai ukhwah sesama Islam.
Seorang pelajar Uyghur memberitahu Radio Free Asia (RFA) bahawa ada yang pulang ke rumah dan terus ghaib. “Kami tidak dapat menghubungi mereka. Kesusahan bersarang di setiap fikiran pelajar Uyghur.” Polis dan pegawai China di Xinjiang selatan memberitahu RFA bahawa kempen itu adalah usaha untuk menyiasat idea-idea politik pelajar yang diarahkan pulang ke rumah di China.
Walaupun China menuduh komuniti Uyghur melakukan serangan pengganas, pakar-pakar di luar China mengatakan Beijing telah membesar-besarkan ancaman dari Uyghur. Dasar domestik yang menindas bertanggungjawab atas peningkatan dalam keganasan. Ia menyebabkan beratus-ratus mati sejak tahun 2009.
Xinjiang kini dipenuhi pusat pemeriksaan, balai polis, dan kamera cctv. Sistem penjejakan satelit wajib dipasang di dalam kereta. Setiap kali memasuki pasar, membeli bahan api, atau melawat tempat-tempat seperti terminal utama bas Urumqi, muslim Uighur wajib direkod kamera. Stesen minyak pula dikelilingi dawai besi. Sistem ini turut diaplikasi di Kashgar, suatu wilayah silk road. “Mereka telah membina balai polis bagi setiap beberapa blok atau lebih. Polis memeriksa kami setiap hari, tidak kira jika anda seorang doktor, guru, sesiapa sahaja”, lapor seorang penduduk tempatan. Hampir 100,000 anggota keselamatan dalam tempoh 12 bulan telah dikerah. Kedai-kedai di bandar dipaksa mengambil dan membayar pengawal keselamatan yang memakai armband merah dan bersenjatakan baton.
Muslim Uighur menjadi ‘tikus makmal’ kepada rejim China. Sistem pengenalan wajah (facial-recognition systems) mengkatalogkan setiap warga cina muslim. Ia memberi amaran kepada pihak berkuasa apabila mereka keluar lebih 1,000 kaki dari kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan selamat, termasuk rumah dan tempat kerja. Projek yang menceroboh privasi rakyat ini dirahsiakan dari media umum. Ia menggantikan surat keizinan di zaman silam. Diarahkan oleh Presiden Xi Jinping sebagai respon terhadap serangan maut yang melibatkan Uighur pada tahun 2013 dan 2014. Uighur disalahkan atas keganasan di Dataran Tiananmen dan stesen kereta api di Guangzhou dan Kunming.
Ia adalah sebahagian besar usaha China selama dua tahun untuk membina rangkaian sekuriti domestik. China sedang berusaha menguasai 46 peratus, atau kira-kira $ 8 bilion, daripada pasaran facial recignition bernilai $ 17.3 bilion menjelang akhir tahun, menurut Jon Cropley, penganalisis utama kanan di IHS Markit. China memperuntukkan 938 bilion yuan ($ 146 bilion) untuk keselamatan domestik pada tahun 2015. Diselia oleh China Electronics Technology Group, kontraktor pertahanan negara yang membina radar tentera dan sistem angkasa. Ia dimaktubkan dalam inisiatif keselamatan dalam negeri. Projek ini adalah sebahagian dari usaha untuk membangunkan perisian mengumpul data tingkah laku dalam meramalkan terrorisme sebelum ia berlaku.
“Sistem seperti ini jelas sesuai untuk mengawal orang,” kata Jim Harper, naib presiden eksekutif Institut Perusahaan Kompetitif dan ahli pengasas Jawatankuasa Penasihat Privasi dan Integriti Data Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika.
Seorang lelaki pertengahan umur yang menjual sparepart kereta meluahkan bahawa sistem sekuriti ini telah membunuh ekonomi tempatan. Seperti kebanyakan lelaki Uighur, dia sering berkunjung ke negara-negara Asia Tengah dalam perniagaan – dan seperti setiap Uighur lain, dia tidak mahu menggunakan namanya kerana takut menghadapi masalah dengan polis.
“Ia hampir mustahil untuk saya menjalankan perniagaan saya sekarang,” lelaki itu mengadu. “Saya tidak boleh pergi ke luar negara kerana polis telah merampas semua pasport kami. Anda perlu meminta izin untuk pergi sekarang, dan apabila anda kembali dari perjalanan, mereka menahan anda dan bertanya apa yang anda lakukan di sana, apa yang anda lihat.”
Tambahnya lagi, penindasan ini juga memberi kesan peribadi.
“Kami tidak dapat melawat saudara-mara kami lagi,” katanya. “Jika kita cuba, polis tempatan akan datang untuk memeriksa kami untuk melihat apa yang kami lakukan di sana.”
Di daerah lain Xinjiang, kerajaan telah menubuhkan pusat pendidikan semula politik, di mana muslim Uighur yang telah mengembara ke luar negara ditahan kadang-kadang selama berbulan-bulan. Dan terpaksa menonton video propaganda, mengambil kelas bahasa Mandarin dan identiti Cina sebelum dibebaskan.
Polis kini menghalang penduduk di jalan dan memaksa mereka menyerahkan telefon. Kemudian mereka menyambungkannya ke komputer dan memaksa penduduk untuk memuat turun aplikasi kerajaan. Aplikasi ini menyemak secara automatik sama ada telefon anda dibenarkan oleh kerajaan. Jika tidak, ia akan meminta anda memadamnya. Ia juga akan mengesan video tentang keganasan dan perkara-perkara berkaitan. Aplikasi kamera yang boleh edit diharamkan.
“Di mana sahaja anda pergi, mereka memeriksa ID anda,” dia mengeluh. “Restoran dan kedai-kedai membazirkan wang untuk menggaji pengawal keselamatan. Tidak ada tempat yang menyeronokkan untuk keluar pada waktu malam kerana semuanya ditutup awal.” Kesal seorang rakyat Xinjiang.
Doktrin komunis dipaksakan rejim China.
Sepanjang jalan, kedengaran lagu-lagu propaganda bahasa Mandarin yang sama: mengenai undang-undang lalu lintas, dan lagu akustik yang menggalakkan nilai Komunis teras. Kerajaan memaksa kedai-kedai dan restoran-restoran di kawasan kejiranan Uighur untuk menyiarkan kedua-dua lagu itu sepanjang hari.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”
(QS:ali Imran. 118)
Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati,”
(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud).
Rujukan:
1. Ibn Shihab al-Dimasyq. https://ift.tt/2tSjtZf
2. Human Rights Watch
3. China Keeps A Close Eye On Muslims. https://ift.tt/2KFTJpk
4. Wary Of Unrest Among Uighur Minority, China: https://ift.tt/2NkPmla
5. Egypt Rounding Up Uyghur Students For Deportation. https://ift.tt/2KFTKcS