Judul : Menteri Pendidikan Ubah Dasar Pendidikan Dengan Kaki - Tok Mat
link : Menteri Pendidikan Ubah Dasar Pendidikan Dengan Kaki - Tok Mat
Menteri Pendidikan Ubah Dasar Pendidikan Dengan Kaki - Tok Mat
Pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan telah menjadi bahan kempen BN pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, malam tadi.
Pengarah PRK Sungai Kandis Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu sehingga hari ini, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) masih tidak tahu apa yang mahu dilakukan.
“ Saya rasa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengubah dasar pelajaran melalui kepala, tetapi melalui kaki. Entah apa yang dia congak.
” Orang Negeri Sembilan cakap entah apa sifirnya.
“ Apa sifir beliau pakai untuk dasar pelajaran negara bermula dengan kasut hitam. Itu tak ada kerja namanya” ujarnya.
Mohamad mengulas demikian ketika berucap pada majlis pengenalan calon bagi PRK DUN Sungai Kandis di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam malam tadi.
Dalam pada itu, Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menyindir kerajaan HARAPAN yang mendakwa berjaya menurunkan harga banyak barang.
“ Betullah tomato turun, dan ada satu lagi (harga barang) turun iaitu durian musang king kerana sudah tidak laku berikutan tidak dibenarkan masuk ke China lagi” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, timbalan presiden Umno itu memberitahu jika kerajaan HARAPAN tidak mengambil langkah agresif memacu ekonomi negara, maka ia akan berdepan masalah.
“ Dulu, sekampit simen berharga RM15 dan hari ini RM9.50 dan ia bukan disebabkan (pemansuhan) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tetapi industri perumahan sedang menghadapi masalah kerana tiada lagi pemaju mahu meluluskan pembangunan di kawasan masing-masing,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mohamad berkata pihaknya akan memanggil ketua bahagian, pemuda wanita dan Puteri Umno bagi sesi pemukiman pada 11 Ogos ini.
“ Selain itu, Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) akan membentangkan hala tuju parti untuk kita meneruskan apa yang boleh lakukan dan cara terbaik memperkasakan parti” jelasnya.
Mohamad turut mengakui bahawa BN tewas banyak kerusi pada PRU ke-14 disebabkan oleh pergeseran dalaman dan bukannya pihak lawan cerdik atau terlalu kuat.
-malaysiakini
Sumber Menteri Pendidikan Ubah Dasar Pendidikan Dengan Kaki - Tok Mat
Demikianlah Artikel Menteri Pendidikan Ubah Dasar Pendidikan Dengan Kaki - Tok Mat
Sekianlah artikel Menteri Pendidikan Ubah Dasar Pendidikan Dengan Kaki - Tok Mat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.