Bagaimana Budak Sains Politik Tonton The Purge?

Bagaimana Budak Sains Politik Tonton The Purge? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bagaimana Budak Sains Politik Tonton The Purge?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bagaimana Budak Sains Politik Tonton The Purge?
link : Bagaimana Budak Sains Politik Tonton The Purge?

Baca juga


Bagaimana Budak Sains Politik Tonton The Purge?

Filem baru yang den berminat menonton. Tapi kena tunggu sampai bulan depan baru tayang di Malaysia. “The First Purge” ialah ansuran ke-4 dalam siri filem “The Purge” selepas “The Purge” (2013), “The Purge: Anarchy” (2014) dan “The Purge: Election Year” (2016).

Siri The Purge ini mengisahkan tradisi Amerika rekaan bernama “National Purge Day”. Ia merupakan satu hari (dari 7 malam hingga 7 pagi) di mana undang-undang tidak berfungsi, polis tidak berfungsi, kerajaan tidak berfungsi, dan manusia bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk membunuh.

Nampak macam cerita seram bunuh-membunuh, tapi filem ini lebih “deep” dari sangkaan orang ramai. Orang sains politik boleh relate konsep-konsep “anarchy”, “human nature” dan “population control” dalam penulisan Thomas Hobbes, Fyodor Dostoyevsky dan Thomas Malthus dengan filem ini. Tapi bab itu den kena ulas selepas menonton filem bulan depan nanti.

“Purge” dari segi harfiah bermaksud “pembersihan”, dari segi istilah ia merujuk kepada tindakan orang politik (terutamanya diktator) memperkukuhkan kuasa dengan “membersihkan” musuh-musuh politik atau sesiapa yang dianggap boleh memberi ancaman kepada kedudukannya.

Yang paling terkenal ialah “The Great Purge” yang dilakukan oleh pemimpin Soviet Rusia, Stalin ketika 1930-an yang menyebabkan kehilangan nyawa jutaan manusia. Hitler pun pernah “purge” pasukan Brownshirt yang merupakan antara penggerak utama Nazisme. Hitler takut mereka ni berkuasa sangat dan mengancam kedudukannya, jadi mereka di-purge pada 1934 pada “Night of the Long Knives”.

Dalam sejarah China, perkara pertama yang akan dilakukan oleh maharaja dinasti baru ialah purge mereka yang berjasa mengangkatnya jadi maharaja. Ini kerana dia takut orang-orang ni kalau mampu mengangkatnya, mesti juga akan mampu menjatuhkannya. Kat Turki, golongan Gulenis telah di-purge besar-besaran ekoran kudeta 15 Julai 2016, siap ada website khas tentang statistik mangsa-mangsa purge (turkeypurge.com).

Purge berbeza dengan “cantas”. Cantas-mencantas boleh dibuat dengan sekadar membuang musuh dari jawatan atau melucutkan kuasanya. Tapi purge bersifat sistemik, sang penguasa akan memastikan tiada saki baki musuhnya akan wujud dalam sistem dan jentera pemerintahan, malah boleh sampai tahap memadamkan segala memori tentang musuhnya (damnatio memoriae). Contohnya Stalin dan Mao Zedong dari China membuang semua musuh-musuhnya dari gambar-gambar lama. Gigih, walaupun waktu tu tiada Photoshop. Tapi tu lah, demi kuasa. Purge ni dah macam necessary evil: kalau kau tak purge orang dahulu, kau yang akan di-purge kemudian kalau hilang kuasa.

Tapi cerita panjang-panjang ni tak ada kaitan sangat pun dengan jalan cerita The Purge. Cuma sementara menunggu The Purge bulan depan, boleh kita layan the purge yang satu lagi tu sambil makan kuaci.

(masih mencari istilah Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk menggambarkan ‘purge’)



Demikianlah Artikel Bagaimana Budak Sains Politik Tonton The Purge?

Sekianlah artikel Bagaimana Budak Sains Politik Tonton The Purge? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: