Judul : 6 Faktor Penghalang Usahawan Sukar Kembangkan Bisnes
link : 6 Faktor Penghalang Usahawan Sukar Kembangkan Bisnes
6 Faktor Penghalang Usahawan Sukar Kembangkan Bisnes
Bertahun-tahun bisnes. Pelbagai strategi dan teknik telah digunapakai dalam bisnes tetapi mengapa bisnes tetap di tahap yang sama? Apa yang tidak kena dengan bisnes anda atau sebenarnya berpunca daripada anda sendiri? Sedar atau tidak ada ramai pemilik bisnes yang telah membuang masa dengan melakukan perkara berikut. Jom kita lihat apakah faktor-faktor itu!
#1 Multitasking
Walaupun ramai yang mengatakan bagus sekiranya anda mampu menjadi ‘multitasking’, hakikatnya ‘multitasking’ menjadikan hasil kerja anda akan menjadi kurang efisien kerana melakukan pelbagai perkara dalam satu masa akan memberi kesan buruk kepada produktiviti.
Produktiviti akan berkurang lantaran mengejar masa untuk menyelesaikan semua perkara dalam satu masa. Secara tidak langsung fokus dan perhatian ke atas sesuatu perkara akan terbantut. Jadi gunakan 100% kebolehan anda untuk menyelesaikan satu perkara agar ia lebih efektif.
Sumber Foto: Flickr
#2 Tiada matlamat yang jelas
Apa matlamat bisnes anda? Sebaiknya matlamat itu haruslah disasarkan untuk jangka masa panjang supaya anda akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan bisnes. Bisnes anda ‘stuck’ di tahap yang sama bertahun-tahun jika tiada matlamat yang jelas mengapa anda melakukan bisnes tersebut.
Adakah anda melakukan bisnes sekadar cukup untuk meneruskan kehidupan dan mengelak dari makan gaji? Atau anda mahu empayar bisnes membuatkan anda mencapai ke tahap anda benar-benar bebas hutang? Rancang sebaiknya matlamat anda dengan jelas supaya anda dan team anda tahu ke mana arah tuju bisnes yang dijalankan.
Sumber Foto: Google
#3 Gangguan dunia internet
Internet memang akan membuatkan anda hilang fokus kerana segalanya menjadi mudah diakses dihujung jari anda seperti hiburan, sukan, ‘shopping’, media sosial, online video dan sebagainya. Kekal fokus terhadap kerja anda dengan menetapkan masa 40 hingga 60 minit hanya untuk kerja. Jauhkan diri dengan gangguan luaran yang boleh merosakkan konsentrasi anda ketika melakukan kerja.
Sumber Foto: Google
#4 Terlalu Banyak Rehat
Jangan terlalu manjakan diri dengan mengelakkan diri menyelesaikan sesuatu kerja. Rehat yang terlalu banyak akan meminimumkan produktiviti anda untuk berjaya. Kejap-kejap minum kopi, makan snek, main telefon dan akhirnya anda sukar untuk kekalkan fokus pada momentum yang sama. Sama seperti enjin yang sudah lama tidak ‘start’ makan masa untuk dihidupkan semula.
Sumber Foto: Google
#5 Suasana kerja yang tidak tersusun
Bila meja pun serabut dengan nota yang sukar dikenalpasti. Bila fail-fail pada desktop dalam komputer tunggang-langgang. Bila ruang bekerja penuh dengan fail dan kertas tidak tersusun. Itu punca kenapa anda telah membuang masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Anda akan mengambil masa yang lama untuk mencari dokumen berkaitan kerja yang anda lakukan. Itu sangat merugikan bisnes. ‘Time is money’.
Sumber Foto: Google
#6 Ego Mencari Ilmu
Ini adalah faktor yang paling merbahaya pada bisnes anda. Jika seseorang pemilik bisnes merasakan dirinya sudah cukup pandai dan sudah cukup bagus dalam menguruskan perniagaan mereka maka mereka akan mudah kecundang sebenarnya.
Sedangkan usahawan-usahawan berjaya juga mempunyai mentor untuk mereka dapatkan panduan dan bimbingan dalam usaha mengembangkan lagi empayar bisnes mereka. Takkan kita lagi mendongak ke langit kerana selesa dengan kedudukan sekarang. Maka perbaiki kelemahan bisnes kita dengan mencari ilmu dan bimbingan yang sewajarnya jika anda mahu berjaya.
Sumber Foto: Majalah Niaga
Sumber informasi: Deep Patel
Sumber 6 Faktor Penghalang Usahawan Sukar Kembangkan Bisnes