Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula

Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula
link : Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula

Baca juga


Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula

KEPALA BATAS: Tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti di Teluk Air Tawar, dekat sini yang melarikan diri dalam kejadian Selasa lepas berjaya ditahan semula dalam dua serbuan di Pendang, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dua daripada tiga remaja lelaki itu ditahan di Sekolah Model Khas Bukit Jenun di Pendang kira-kira pukul 1.45 pagi semalam manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah juga di Pendang pada 6.40 petang semalam.

"Dua remaja itu ditahan hasil maklumat orang ramai yang memaklumkan kepada polis terdapat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan duduk di kawasan berkenaan dan hasil pemeriksaan awal mendapati mereka merupakan penghuni Sekolah Tunas Bakti yang melarikan diri dalam kejadian pada Selasa.

"Polis juga merampas dua buah motosikal jenis Yamaha Ego dan Honda Ex5 yang dicuri mereka semasa melarikan diri di kawasan Teluk Air Tawar bersama dua remaja berkenaan," katanya di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan dua remaja itu, polis berjaya mengesan seorang lagi rakan mereka yang melarikan diri dalam kejadian berkenaan bersembunyi di sebuah rumah di Pendang sebelum menahan remaja tersebut.

Noorzainy berkata tiga remaja berusia 17 hingga 18 tahun itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan mereka turut disiasat berhubung kes curi motosikal.

Tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti di Teluk Air Tawar dekat sini dilapor melarikan diri semasa program ceramah harian di sekolah itu pada Selasa dan kehilangan mereka berusia antara 17 dan 18 tahun itu disedari apabila warden yang bertugas mengambil kehadiran pelajar setelah program ceramah tamat pada 2.30 petang.

Menurut warden di situ, tiga penghuni itu dilihat menyapu sampah dan menolong membersihkan kawasan di tepi pagar berhampiran dewan ketika program ceramah berlangsung sebelum mereka melarikan diri.

Hasil pemeriksaan di kawasan pagar itu, polis menemui kesan pagar dirosakkan dan ditutup dengan zink, dipercayai digunakan tiga penghuni terbabit sebagai laluan mereka keluar dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan itu, mereka dilihat mencuri dua motosikal tidak jauh dari sekolah berkenaan untuk melarikan diri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Noorzainy berkata polis menahan dua pengedar dadah dan merampas heroin serta syabu bernilai RM3,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Lahar Tiang, di sini kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

"Dua lelaki yang bekerja sebagai buruh dan positif dadah itu dipercayai mendapatkan bekalan daripada sindiket pengedaran dadah sebelum membungkusnya semula serta menjual kepada pembeli mereka di sekitar Kepala Batas," katanya.

Katanya dua lelaki yang turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA



Sumber Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula


Demikianlah Artikel Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula

Sekianlah artikel Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.