Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil

Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil
link : Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil

Baca juga


Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan kuil Hindu di Seri Alam, baru-baru ini.

Usaha pendamai dilakukan ketika baginda berkenan menerima menghadap beberapa wakil Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar dengan diiringi Anggota Exco Negeri Johor, R. Vidyananthan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.

Gambar pertemuan baginda dengan pihak berkenaan dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda.

Turut kelihatan dalam pertemuan itu ialah anakanda baginda Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Dalam entri di laman Facebook itu susulan pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memastikan satu lokasi baharu disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina semula kuil itu.

Sultan Ibrahim juga memaklumkan bahawa baginda dan Tunku Idris masing-masing turut berkenan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM100,000 dan RM70,000 kepada jawatankuasa kuil untuk menampung kos pemindahan kuil ke tapak baharu.

Baginda juga menggesa semua pihak agar memberikan kerjasama penuh bagi menyelesaikan perkara itu secara baik tanpa perlu diperbesar-besarkan lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri difahamkan menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baharu yang dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam tetapi ditolak oleh pengurusan kuil yang bertegas mahu kekal di tapak sedia ada.

Kuil berusia 80 tahun itu mencetuskan kontroversi baru-baru ini berikutan perobohannya pada 11 Jan lalu, selepas pemilik tanah mendapat kebenaran mahkamah yang dimohon secara persendirian, setelah rundingan dengan pengurusan kuil menemui kegagalan. - BERNAMA



Sumber Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil


Demikianlah Artikel Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil

Sekianlah artikel Sultan Johor jadi pendamai isu roboh kuil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.