Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis

Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis
link : Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis

Baca juga


Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedia membantu Datuk Farid Kamil Zahari termasuk khidmat kaunseling. — Foto oleh Hari AnggaraPersatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedia membantu Datuk Farid Kamil Zahari termasuk khidmat kaunseling. — Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR, 15 Jan — Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedia membantu pelakon dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari dalam pelbagai aspek termasuk khidmat kaunseling sekiranya diperlukan.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata persatuan turut memohon semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi berikutan penahanan pelakon itu berhubung kes menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam, Khamis lepas.

“Orang ramai harus beri ruang pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan. Kita juga harus menghormati serta memberi sedikit ruang buat keluarga Farid untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, Farid yang diwakili peguam Athari Bahardin ditahan reman empat hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Perintah reman terhadap Farid dilanjut sehari lagi hari ini.

Sementara itu menurut Hafiz, Seniman akan melakukan siasatan terperinci berkenaan dakwaan pelbagai masalah dihadapi artis di set penggambaran misalnya waktu bekerja lebih masa dan layanan tidak setimpal pihak produksi.

Menurutnya Seniman juga akan menyiapkan satu garis panduan berkaitan bidang tugas artis sebagai usaha meningkatkan tahap profesional mereka mengikut hak-hak sebagai seorang pekerja di dalam industri kreatif negara.

“Dalam sedikit masa lagi Seniman akan umumkan berkenaan garis panduan itu, dan kami berharap ia dapat diguna pakai oleh semua syarikat produksi dan pihak yang menjalankan sebarang aktiviti berkaitan industri kreatif di negara ini,” tambahnya. — Bernama



Sumber Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis


Demikianlah Artikel Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis

Sekianlah artikel Seniman sedia bantu Farid Kamil, siasat masalah artis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :