Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib

Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib
link : Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib

Baca juga


Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib

Najib berkata berita palsu akan turut menjejaskan keharmonian pilihan raya umum seperti yang berlaku sebelum ini. — Foto oleh Azneal IshakNajib berkata berita palsu akan turut menjejaskan keharmonian pilihan raya umum seperti yang berlaku sebelum ini. — Foto oleh Azneal IshakKOTA BHARU, 28 Jan — Kerajaan akan mengkaji bagi memperkenalkan undang-undang untuk mengekang berita palsu yang menjadi ancaman kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata langkah itu perlu kerana rakyat boleh terpesong sehingga membenci kerajaan atau melakukan sesuatu seperti merusuh kerana terpengaruh dengan berita palsu.

“Kita tidak mahu berita palsu ini tersebar luas. Ini bukan bererti kita kawal internet, internet bebas lagi tetapi kebebasan itu mestilah ada dengan unsur kebertanggungjawaban,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penjawat awam persekutuan dan negeri Kelantan di sini hari ini.

Media melaporkan Perdana Menteri Britain, Theresa May mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron pernah berkata, mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.

Dalam pada itu, Najib berkata berita palsu akan turut menjejaskan keharmonian pilihan raya umum seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa kepada berita palsu dan fitnah termasuk kononnya membawa 40,000 pengundi warga Bangladesh, yang disebar pada hari pengundian.

"BN juga pernah jadi mangsa kepada sebaran berita palsu kononnya black out (bekalan elektrik terputus), padahal orang mesti fikir kalau black out pun masih siang hari.

"Kita tutup peti undi pada pukul 5 dan 5.30 (petang), masih cerah lagi, masih boleh kira lagi...counting agent pembangkang pun ada kat situ, jadi sistem kita tidak boleh nak tipu sebenarnya," katanya. — Bernama



Sumber Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib


Demikianlah Artikel Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib

Sekianlah artikel Sekat berita palsu bukan kawal internet, kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.