PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN

PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN
link : PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN

Baca juga


PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN

PKR Kelantan mahu bertanding di 15 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU14. — Foto oleh KE OoiPKR Kelantan mahu bertanding di 15 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU14. — Foto oleh KE OoiKOTA BARU, 20 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan mahu bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pengerusinya Abdul Aziz Abdul Kadir berkata hasrat untuk bertanding di 15 kerusi DUN itu wajar memandangkan Kelantan mempunyai 45 kerusi.

“Ia penting bagi mewujudkan keadilan kerana setiap parti komponen iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga boleh mendapat 15 kerusi DUN kerana difahamkan setakat ini, DAP tidak berhasrat meletakkan calon.

“Keputusan untuk bertanding berapa banyak kerusi akan diputuskan di peringkat PKR Pusat…ini hanyalah cadangan daripada PKR Kelantan sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mengulas pertandingan tiga penjuru yang mungkin berlaku antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan dan PAS di Kelantan, Abdul Aziz berkata ia sebenarnya akan memberi keuntungan kepada parti yang bertanding.

“Jika dahulu kita perlu menang 51 peratus undi jika ada pertandingan dua penjuru, namun sekarang skopnya lebih kecil kepada 35 peratus sahaja kerana pecah undi,” katanya.

Menyasarkan  pengundi baharu dan memberi tumpuan kepada masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat, beliau berkata wujud desakan di pelbagai peringkat lapisan masyarakat untuk angin perubahan.

Pada  PRU13, PKR bertanding di lima kerusi DUN iaitu Guchil, Paloh, Pengkalan Kubor, Kuala Balah dan Nenggiri dan tiga kerusi Parlimen iaitu Tanah Merah, Ketereh dan Machang.

Bagaimanapun, PKR hanya memenangi kerusi DUN Guchil. Kerusi Parlimen Tumpat diperoleh PKR selepas Anggota  Parlimen, Datuk Kamaruddin  Jaffar yang sebelum itu anggota PAS melompat parti.

Abdul Aziz berkata PKR Kelantan juga bersetuju menyerahkan kerusi Parlimen Ketereh, Machang dan Tumpat untuk ditandingi PPBM, manakala PKR bertanding di Tanah Merah dan Pasir Mas sebagaimana diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini. — Bernama



Sumber PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN


Demikianlah Artikel PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN

Sekianlah artikel PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: