Judul : Jadi saham akhirat, pelakon ‘Munafik’ hantar anak ke tahfiz
link : Jadi saham akhirat, pelakon ‘Munafik’ hantar anak ke tahfiz
Jadi saham akhirat, pelakon ‘Munafik’ hantar anak ke tahfiz
Pelakon Sabrina Ali menganggap penghantaran tiga anaknya ke sekolah tahfiz sebagai pelaburan dunia dan akhirat. — Foto ihsan Instagram/Pastel Fleur KLKUALA LUMPUR, 20 Jan — Pelakon Sabrina Ali menghantar tiga anaknya ke sekolah tahfiz sebagai pelaburan “saham di dunia dan akhirat”.
Mahu bekalan rohani untuk anaknya, pelakon filem Munafik, 37 tahun, menganggapnya berbaloi apabila anak kecilnya sudah menghafal beberapa surah, lapor Berita Harian.
“Memang sejak awal saya sudah berniat menghantar anak ke sekolah tahfiz. Sebagai persediaan awal, saya menekankan aspek asas seperti solat dan mengaji sejak mereka masih kecil,” katanya.
“Saya tidak kisah pandangan orang luar kerana guru di sekolah itu tidak pernah menghakimi saya”.
Tiga anaknya, Ariyana, 11 tahun; Syed Aryan Khan, tujuh tahun, dan Syed Adrian Khan, lima tahun, hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya.
Tidak mengendah pandangan skeptikal orang lain yang menilai berdasarkan penampilan fizikal, Sabrina berpegang kepada urusan agamanya antara dia dan tuhan.
“Terserah jalan mana yang mereka akan pilih selepas ini, sekurang-kurangnya mereka ada asas agama,” katanya yang bakal muncul dalam filem Makrifat Cinta pada 1 Februari ini.
Sumber Jadi saham akhirat, pelakon ‘Munafik’ hantar anak ke tahfiz