Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan

Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan
link : Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan

Baca juga


Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan

Pemuda UMNO Perlis hari ini mendesak Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Azran Mohamad dipecat, kerana didakwa berkongsi dan memuat naik fitnah serta tohmahan terhadap pemimpin tertinggi negara, lapor Sinar Harian. 
Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, tindakan Azran memuat naik fitnah di laman Facebook peribadinya dan selaku pegawai kanan di JPN menunjukkan sikap seperti orang tidak terdidik kerana berkongsi fitnah dan penghinaan. 
"Tiada nilai-nilai pendidikan dan kemanusiaan yang baik dapat kita harapkan daripadanya (Azran). Beliau harus dipecat sebagai kakitangan kerajaan jika terbukti bertanggungjawab ke atas fitnah dan tohmahan yang dikongsi dalam laman sosial," katanya. 
Difahamkan, dua laporan polis telah dibuat agar Azran disiasat dan diambil tindakan. 
Syed Atif berkata, isu kakitangan kerajaan menjadi anti-kerajaan bukanlah perkara baru. 
"Tindakan kakitangan kerajaan yang berbuat demikian menghina majikan mereka sudah berulang kali dilaporkan. Namun begitu, tidak ada satu tindakan drastik yang mampu mendisiplinkan kakitangan kerajaan agar lebih beradab dalam menjaga hubungan baik dengan majikan," katanya. 
Sehubungan itu, Pemuda UMNO Perlis mencadangkan agar kerajaan mempermudahkan proses pemecatan kakitangan kerajaan yang anti-kerajaan dan tindakan itu akan dapat membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda yang lebih komited dan energetik dalam menyempurnakan tugasan mereka. 
"Ia juga dapat mewujudkan generasi baru dan kakitangan awam lebih menghargai peluang dan kepercayaan yang diberikan, sekali gus meningkatkan imej dan kualiti sistem penyampaian kerajaan," katanya yang juga percaya bilangan kakitangan kerajaan anti-kerajaan ini hanya dalam jumlah yang kecil dan tidak ramai. 
"Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan, ia akan menjadi kebiasaan dalam kalangan kakitangan kerajaan untuk memburukkan imej majikan mereka,"katanya.


Sumber Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan


Demikianlah Artikel Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan

Sekianlah artikel Pemuda UMNO Perlis desak kerajaan permudahkan proses pemecatan kakitangan anti-kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :