MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M

MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M
link : MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M

Baca juga


MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M

Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong berkata keputusan PH menamakan Dr M sebagai PM hari ini menunjukkan pakatan pembangkang tidak mempunyai prinsip.

Wee-Ka-Siong-mahathir2PETALING JAYA: Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Pakatan Harapan (PH) agar melupakan permusuhan lalu, 2 parti komponen Barisan Nasional (BN) mengingatkan kembali “kezaliman” bekas perdana menteri itu dalam mempersoalkan keputusan pembangkang menamakannya sebagai calon perdana menteri (PM).

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengingatkan kembali isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Dr Mahathir daripada Kabinet pada 1998, penangkapan besar-besaran Ops Lalang, serta krisis kehakiman pada akhir 1980-an yang menyaksikan pemecatan Tun Salleh Abas sebagai ketua hakim negara pada ketika itu.

Wee berkata keputusan yang diumumkan PH hari ini menunjukkan pembangkang tidak mempunyai prinsip.

“Jadi, jika mereka sanggup menyusuri semula isu itu dan mengubah fikiran mereka tentangnya sekarang, mereka boleh mengubah fikiran dengan mudah dalam perkara lain untuk mengambil alih Putrajaya,” kata Wee.

Pada Konvensyen PH hari ini, Dr Mahathir secara rasmi dinamakan sebagai calon PM gabungan pakatan itu jika memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang perlu diadakan pada Ogos tahun ini.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan keluarganya yang sanggup melupakan dendam lampau untuk bekerjasama dengannya demi menjatuhkan BN.

Beliau juga menggesa pengkritiknya dalam kalangan pembangkang mengenepikan permusuhan lalu dalam menghadapi matlamat yang sama untuk mengalahkan BN pada PRU14.

“Mereka yang tidak selesa dengan saya, dasar saya, tindakan saya, walaupun sukar bagi mereka, mereka sedar apa yang penting bukan masa lalu, tetapi apa yang ada di depan kita,” katanya.

Wee berkata beliau tidak terkejut dengan pilihan PH.

“Dr Mahathir adalah satu-satunya orang yang boleh diharapkan,” katanya.

Ketua Bendahari MIC S Vell Paari pula berkata keputusan PH hari ini tidak mempedulikan pengorbanan penyokong tegar PKR termasuk mereka yang menyertai Reformasi pada akhir 1990-an.

“Sekarang, dia bos kamu. Kehidupan kadang-kalanya kejam,” katanya.

Terima kasih sanggup terima saya, kata Dr M kepada Anwar

Dr M: Lupakan permusuhan silam, fokus usaha guling BN


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M


Demikianlah Artikel MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M

Sekianlah artikel MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :