#MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis

#MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang #MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis
link : #MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis

Baca juga


#MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis

KUALA LUMPUR : Kempen #UndiRosak ini mungkin akan beri kesan kepada kerusi parlimen milik Pakatan Harapan, namun ia tidak cukup untuk memberi impak yang besar dalam keputusan keseluruhan pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata penganalisis politik Hisomuddin Bakar.

Bagaimanapun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre itu lagi, kempen #UndiRosak yang majoriti penggeraknya adalah daripada golongan muda ini tidak harus ditolak tepi kerana mereka dilihat berstruktur, dan bijak menggunakan platform media sosial.

“Kempen ini dilihat memberi kesan kepada Pakatan Harapan kerana mereka banyak memenangi kerusi di bandar dan pinggir bandar. Jadi kempen itu beri impak dan kerugian kepada blok Pakatan Harapan yang berada di posisi ini.

“Tapi dalam konteks undi, majoriti yang diperoleh pembangkang di bandar dan pinggir bandar agak besar, jadi kempen ini tidak jejaskan secara langsung kepada keputusan pengundian akan datang,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini, hari ini.

Kempen #UndiRosak didakwa dimulakan segelintir anak muda bagi menolak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya nanti.

Mereka mendakwa, tidak masuk akal untuk pakatan pembangkang mengangkat kembali individu yang mengamalkan kepimpinan diktator sewaktu menjadi perdana menteri keempat (1981-2003).

Golongan itu berkata, mereka juga tidak akan memberi undi kepada kerajaan sedia ada kerana beberapa faktor termasuk ketirisan serta kos sara hidup meningkat.

Susulan itu, Tun Mahathir pantas mendakwa #UndiRosak merupakan perang saraf yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri

Katanya, BN sengaja menggunakan taktik ‘reversed psychology’ (psikologi terbalik) seperti itu, dan membiarkan ianya tular di kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya golongan muda, kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka.

BACA: Gerakan #UndiRosak ini orang UMNO dan BN yang buat, dakwa Tun M

Namun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan presiden UMNO, menggesa agar rakyat agar tidak terpengaruh dengan kempen undi rosak yang ditularkan oleh pihak tertentu dengan tujuan merosakkan proses demokrasi di negara ini.

Sementara itu, pakar perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, walaupun kempen seperti itu tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, namun dikhuatiri ia akan memberi kesan buruk kepada sistem demokrasi negara ini.

“Gerakan ini boleh mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat, kalau lebih lantang dia akan dapat memberi kesan yang tidak baik pada sistem demokrasi,” katanya.



Sumber #MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis


Demikianlah Artikel #MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis

Sekianlah artikel #MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.