Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital

Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital
link : Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital

Baca juga


Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerbangkan seorang remaja wanita orang Asli ke Hospital Gua Musang. — Foto ihsan Facebook/Berita Iban OnlineUnit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerbangkan seorang remaja wanita orang Asli ke Hospital Gua Musang. — Foto ihsan Facebook/Berita Iban OnlineGUA MUSANG, 22 Jan — Seorang remaja wanita orang Asli yang mengalami cirit-birit kritikal di rumahnya di Pos Belatim di pedalaman jajahan ini, dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang menggunakan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.

Pegawai perhubungan awam unit tersebut, penolong penguasa bomba Mohd Farhan Marzuki berkata remaja berusia 16 tahun itu mengalami cirit-birit sejak lima hari lepas.

Beliau berkata sebuah helikopter Agusta AW109 mendarat di Pos Belatim kira-kira 1.15 tengah hari untuk mengambil pesakit berkenaan sebelum diterbangkan ke padang Pusat Sivik di bandar ini pada 2.10 petang.

“Pesakit itu kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans JBPM,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli menghubungi JBPM bagi membantu pesakit berkenaan kerana jalan perhubungan darat rosak akibat hujan musim tengkujuh.

Katanya, penerbangan ihsan itu diketuai Juruterbang Kapt Roslan Aziz dan dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba, Faizal Latif.  —  Bernama



Sumber Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital


Demikianlah Artikel Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital

Sekianlah artikel Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.