Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak

Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak
link : Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak

Baca juga


Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak

KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad negara layak ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia Bawah 23 Tahun perlu dijadikan batu loncatan oleh pemain muda untuk mengintai peluang bermain dengan kelab luar.

Malah mereka mesti berani menjaja bakat dimiliki serta berusaha sendiri 'mengetuk pintu' kelab Asia terutama dalam kalangan negara yang bertanding.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Wan Jamak Wan Hassan berkata, sudah sampai masanya bintang muda itu keluar dari zon selesa untuk mengembangkan bakat mereka seperti dilakukan pemain Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

"Berdasarkan pencapaian di China, ia membuktikan pemain muda negara setaraf pemain Asia. Ramai berpotensi untuk pergi lebih jauh, antara yang benar-benar menarik perhatian saya adalah Akhyar (Abdul Rashid).

"Malah pemain skuad B-19 seperti Hadi Fayyad (Abdul Razak) juga mempunyai bakat besar yang boleh dikembangkan lagi.

"Tapi pemain muda negara perlu buang sikap katak di bawah tempurung, berjiwa besar serta berani untuk meneroka ke luar negara jika mahu terus maju.

"Bagi saya kejayaan pada kejohanan B-23 Asia ini landasan terbaik untuk membuka mata kelab luar terhadap kemampuan pemain negara. Mereka (pemain) mesti ambil kesempatan ini sebaik mungkin," katanya.

Namun Wan Jamak berkata, peluang untuk beraksi di luar negara tidak akan datang bergolek sebaliknya pemain perlu berusaha mencarinya.

"Walaupun tidak ada tawaran, pemain jangan malu untuk menawarkan diri kepada kelab luar, sekurang-kurang buat tebal muka minta diberi peluang menjalani ujian pemilihan.

"Dalam soal ini, persatuan negeri atau FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) boleh menjadi pengantara antara pemain dengan kelab luar negara itu. Sebagai permulaan, mungkin kita boleh mencuba dengan kelab dari negara serantau."

Bekas pemain Johor dan kebangsaan itu juga menasihati pemain supaya mengetepikan sementara soal gaji sebaliknya apa yang lebih penting adalah peluang untuk mencari tapak di luar negara.

"Mungkin gaji ditawarkan lebih rendah berbanding mereka dapat di Malaysia tapi jika benar-benar bagus, nilai mereka akan naik dengan sendiri," kata Wan Jamak.



Sumber Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak


Demikianlah Artikel Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak

Sekianlah artikel Jangan jadi katak bawah tempurung: Wan Jamak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :