'Itu cuma perang saraf'

'Itu cuma perang saraf' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Itu cuma perang saraf', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Itu cuma perang saraf'
link : 'Itu cuma perang saraf'

Baca juga


'Itu cuma perang saraf'

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kajian dan tinjauan umum terhadap prestasi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lebih daripada perang saraf Pakatan Harapan bertopengkan kajian akademik yang terdedah kepada manipulasi pihak berkepentingan.

PAS bukan saja tidak mengiktiraf hasil kajian berkenaan, malah mendakwa gerak kerja jentera tidak bergantung kepada tinjauan bersifat makro dan umum oleh pihak yang mendakwa sebagai pakar.

Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (ISP), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata setiap kajian perlu diteliti daripada aspek latar belakang pengkaji yang cenderung kepada parti tertentu.

Katanya, penganalisis Pusat Kajian Universiti Teknologi Malaysia (VCE UTM), Dr Mazlan Ali, yang memperoleh dapatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bakal kehilangan kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, cenderung kepada Pakatan Harapan.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, parti pembangkang lain sibuk melancarkan perang saraf kononnya PAS akan kecundang pada PRU-14 bagi menutup hakikat PKR, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan kalah teruk tanpa PAS pada PRU-14.

"Realitinya hampir separuh pengundi Melayu Islam bersama PAS. PAS mempunyai sistem culaan pengundi terperinci di setiap peti undi.

"Strategi PAS mendekati rakyat ialah dengan menegaskan prinsip Islam dalam berpolitik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Portal berita hari ini melaporkan hasil kajian Mazlan mendapati perancangan Abdul Hadi untuk PRU-14 boleh menyebabkan beliau kehilangan kerusi Parlimen dan negerinya di Terengganu.

Kajian itu mendapati, tindakan Abdul Hadi membawa PAS bertanding tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan bakal membawa bencana kepada partinya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, kajian itu adalah perang saraf musuh politik parti terbabit.

"PAS terus memacu agenda perjuangan dengan optimis dan mengikut hala tuju parti yang digariskan kepemimpinan parti," katanya.



Sumber 'Itu cuma perang saraf'


Demikianlah Artikel 'Itu cuma perang saraf'

Sekianlah artikel 'Itu cuma perang saraf' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :