Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal

Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal
link : Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal

Baca juga


Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas sembilan warga Filipina berikutan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013. — Foto oleh Miera ZulyanaMahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas sembilan warga Filipina berikutan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013. — Foto oleh Miera ZulyanaPUTRAJAYA, 15 Jan — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi ke atas sembilan warga Filipina kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan bahawa hukuman mati adalah hukuman yang paling sesuai berdasarkan dapatan fakta-fakta kes.

“Kami berpendapat bahawa sabitan terhadap mereka adalah selamat,” kata beliau.

Panel dengan sebulat suara menolak rayuan akhir yang dikemukakan oleh sembilan lelaki terbabit dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Jun tahun  lalu yang mengekalkan sabitan ke atas mereka dan menjatuhi hukuman mati.

Hakim-hakim lain yang bersidang ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma’arop, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua orang hakim Mahkamah Persekutuan  iaitu Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Kesembilan mereka ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54, anak kepada Jamalul Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, Julham Rashid, 70, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, 53, Salib Akhmad Emali, 65, Tani Lahad Dahi, 64, Basad H. Manuel, 42, Atik Hussin Abu Bakar, 46, Al-Wazir Osman, 62, dan Ismail Yasin, 77.

Sementara itu, Hakim  Raus juga mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan 14 tertuduh lain atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas berhubung pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo antara 12 Feb dan 10 April, 2013.

Mereka ialah Masir Aidin, 23, Anwar Salib Akhmad, 34, Binhar Salib Akhmad, 32, Abdul Hadi Mawan, 53,  (warga Filipina memegang kad pengenalan Malaysia), Rijmal Salleh, 24, Abdul Majil Jubin, 46, (rakyat Filipina pemegang kad pengenalan Malaysia) Rizman Gulan, 24, Basil Samiul, 38, Totoh Hismullah, 60, (rakyat Filipina yang memegang kad pengenalan Malaysia) Saidili Jaharul, 56, Kadir Uyung, 31, Lating Tiong, 21, Dani Ismail, 61, dan Salib Akhmad Emali (bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas).

Ketika menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan mereka, Hakim Raus berkata mahkamah mendapati bahawa keputusan untuk membebaskan mereka adalah berdasarkan dapatan secara serentak fakta-fakta oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan tidak ada sebab untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan sebaliknya.

Panel menyampaikan keputusan selepas mendengar penghujahan sebelumnya selama kira-kira tiga jam daripada peguambela Datuk N. Sivananthan dan timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mengetuai pihak pendakwaan. — Bernama



Sumber Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal


Demikianlah Artikel Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal

Sekianlah artikel Hukuman mati lima warga Filipina serang Lahad Datu kekal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :