Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF

Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF
link : Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF

Baca juga


Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil faktor usia dan ketahanan fizikalnya.

Pemain nombor dua dunia itu berkata tumpuannya adalah kepada kejohanan yang mempunyai standard lebih tinggi termasuk persiapan rapi untuk Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, Sukan Asia serta All England pada tahun ini.

Berdasarkan peraturan baharu BWF, semua pemain yang berada dalam kelompok 15 terbaik dunia diwajibkan menyertai 12 kejohanan setahun iaitu tiga kejohanan tahap dua, lima kejohanan tahap tiga dan empat kejohanan tahap empat.

"Saya akan berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika perlu bayar denda, saya sanggup bayar. Usia saya bukan 25 tetapi 35 tahun ini. Sepatutnya ketika ini saya dan beberapa pemain lain berehat dan membuat persiapan All England pada Mac ini. BWF telah keluarkan peraturan sebegini, kami pemain perlu akur," katanya selepas perlawanan semalam.

Ekoran peraturan baharu itu, kebanyakan pemain terkemuka dunia tersingkir awal daripada saingan Perodua Masters Malaysia yang sedang berlangsung minggu ini di Arena Axiata, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

Chong Wei yang turut tewas pada perlawanan pembukaan itu berkata rata-rata pemain tidak dapat memberikan permainan yang baik kerana masing-masing mempunyai jadual kejohanan yang padat.

Dua jaguh badminton dunia, Chen Long dan Lin Dan serta Son Wan Ho dari Korea Selatan antara pemain terkemuka dunia yang turut terkeluar daripada saingan pusingan pertama.

Bekas juara dunia lima kali, Lin Dan turut menyuarakan perkara yang sama berkata semua pemain terkemuka dunia akan memberi tumpuan kepada kejohanan yang lebih tinggi dan secara realistiknya tiada pemain dapat mengekalkan prestasi cemerlang dalam semua kejohanan.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark berkata peraturan baharu itu akan mengganggu kecergasan pemain kerana terlalu banyak kejohanan yang perlu disertai pada awal tahun.

Justeru, beliau berkata penting untuk pemain ranking tinggi menjaga keadaan fizikal dan mentalnya untuk menjadi lebih bersaing dalam kejohanan.

"Banyak kejohanan yang perlu kami sertai dan memerlukan masa untuk berlatih, bagaimanapun kami mempunyai banyak perlawanan bulan ini. Ekoran ini, saya percaya banyak pemain hebat tidak dapat melakukannya kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih.

"Saya percaya para pemain akan memberikan yang terbaik, kami perlu menjaga keadaan fizikal supaya tidak cedera, kami juga perlu mengekalkan kecergasan sebelum menyertai mana-mana kejohanan," kata Axelsen.

-- BERNAMA



Sumber Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF


Demikianlah Artikel Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF

Sekianlah artikel Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :