SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik

SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik
link : SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik

Baca juga


SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik

Tindakan SPRM berdasarkan maklumat berasas, kata Ketua Pesuruhjaya Dzulkifli Ahmad.

Dzulkifli-Ahmad-bribe

PUTRAJAYA: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 4 individu baru-baru ini berhubung aktiviti melombong pasir di Selangor bebas daripada unsur politik mahupun sebarang pengaruh atau sabotaj, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau menegaskan apa-apa tindakan yang SPRM ambil bersifat profesional dan tidak ada sama sekali perkiraan politik.

“Jadi apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah berdasarkan maklumat yang SPRM terima. Dan apabila mempunyai asas kepada maklumat yang diterima maka SPRM jalankan siasatan.

“Semua pihak perlu bersikap profesional dan biar SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab. Biar SPRM selesaikan siasatan yang sedang berjalan. Tunggulah minggu depan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM hari ini.

Dzulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pejabat menteri besar Selangor 30 November selepas majlis menandatangani ikrar bebas rasuah oleh pucuk pimpinan Persatuan Graduan Muda Malaysia (Graduan).

Kenyataan pejabat menteri besar Selangor mendakwa penyebaran maklumat kononnya anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara individu yang ditahan SPRM pada 29 Nov kerana terbabit dalam perlombongan pasir haram adalah berniat jahat.

Kenyataan pejabat Menteri Besar itu bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan bahawa individu yang ditahan terbabit adalah anak saudara Mohamed Azmin.

Pada 30 Nov Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman 7 hari ke atas 4 individu bagi membantu siasatan kes aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Selangor.

Tempoh tahanan reman berkenaan berakhir 6 Disember.

Empat individu termasuk 2 pengarah syarikat melombong pasir, seorang pengurus tapak bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan, disyaki bersubahat dalam aktiviti tersebut.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik


Demikianlah Artikel SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik

Sekianlah artikel SPRM: Siasatan kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: