Judul : “SPRM seharusnya menangkap penyamun, bukan menjadi perkasas” – Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor
link : “SPRM seharusnya menangkap penyamun, bukan menjadi perkasas” – Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor
“SPRM seharusnya menangkap penyamun, bukan menjadi perkasas” – Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor
SHAH ALAM – “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya menangkap penyamun, bukan menjadi perkasas,” kata Pengerusi Hisbah Center for Reform, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.
Katanya, SPRM seharusnya pertahankan profesionalisme dalam tugasan mereka tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.
“Sikap profesionalisme mereka yang saya tahu sangat utuh dibina di zaman Tan Sri Abu Kasim Mohamed. Sekali lagi saya ingatkan, jangan sekali-kali biarkan diri kamu menjadi perkakas kepada penyamun.
“Kamu lebih tahu siapa sebenarnya penyamun paling besar di negara ini. Maka tangkaplah penyamun itu. Bukan menjadi perkakas kepada penyamun itu. Bertindaklah berasaskan dzamir dan sumpah kamu kepada negara ini,” katanya yang dipetik dari laman Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata, sebagai bekas ahli jawatankuasa Parlimen, isu RCI Forex jelas merupakan perkakas politik, bermotif politik untuk mencapai cita-cita politik penguasa penyamun ‘desperado’.
“Sebab itu seluruh dunia mentertawakan kita, melihat kisah 30 tahun lalu tiba-tiba menjadi isu besar hari ini.
“Jelas laporan RCI semalam memperlihatkan matlamatnya mengheret bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang menjadi musuh politik utamanya.
“Mereka menjadi tertuduh dan tercemar imej seteruk tercemarnya imej perdana menteri hari ini,” ujarnya.
Katanya, dengan membangkitkan isu tersebut, turut menunjukkan Malaysia menjadi negara yang mana pemimpin-pemimpinnya kelihatan seperti penyamun.
Tidak hanya itu, Mohamad Ezam berkata, siasatan dan tangkapan SPRM juga dilihat dalam modus operandi yang sama.
“Sebelum ini seorang bekas menteri yang digugurkan dan menjadi ancaman besar kepada Sabah ditahan dan disiasat.
“Hampir kesemua nama-nama besar di dalam partinya diheret sekali. Semua orang yang berakal faham ianya bertujuan politik semata-mata kerana pengaruh tokoh ini dan pasukannya semakin mengancam kedudukan mereka,” tulisnya lagi.
Ezam turut memetik isu tangkapan dan siasatan di Selangor apabila ianya juga dikatakan bertujuan politik.
“Satu operasi biasa yang membabitkan syarikat biasa dengan urusniaga berjumlah sederhana tiba-tiba menjadi isu luar biasa.
“Serangan media terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilakukan secara habis-habisan dengan skrip tersusun rapi.
“Azmin diserang kerana ketokohan beliau memimpin Selangor semakin terserlah. Azmin bukan sahaja popular di Selangor malah pengaruh dan ketokohannya hari ini diakui di luar sempadan negeri.
“Roadshow Peduli Rakyat yang dipimpin Mohamed Azmin baru-baru ini di utara dan selatan tanahair mendapat sambutan kelas seorang pemimpin nasional,” katanya.
Katanya, Hisbah juga ingin menegaskan prinsip keadilan yang mesti dipertahankan oleh pentadbir-pentadbir kerajaan yang mengangkat sumpat taat setia kepada negara bukan kepada pemimpin negara yang sudah masuk kelas penyamun terhebat dunia.
Sumber “SPRM seharusnya menangkap penyamun, bukan menjadi perkasas” – Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor