Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM

Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM
link : Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM

Baca juga


Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM

PUTRAJAYA: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu baru-baru ini berhubung aktiviti melombong pasir di Selangor adalah bebas daripada unsur politik mahupun sebarang pengaruh atau sabotaj, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau menegaskan apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah bersifat profesional dan tidak ada sama sekali perkiraan politik.

"Jadi apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah berdasarkan maklumat yang SPRM terima. Dan apabila mempunyai asas kepada maklumat yang diterima maka SPRM jalankan siasatan.

"Semua pihak perlu bersikap profesional dan biar SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab. Biar SPRM selesaikan siasatan yang sedang berjalan. Tunggulah minggu depan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

BACA: Skandal lombong pasir Kajang: Kerugian didakwa mencecah jutaan ringgit

BACA: Anak saudara pemimpin parti politik antara 4 direman

BACA: Tiga ditahan terlibat lombong pasir, batu secara haram sejak 2014

Dzulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor pada 30 Nov selepas majlis menandatangani ikrar bebas rasuah oleh pucuk pimpinan Persatuan Graduan Muda Malaysia (Graduan).

Kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor pada 30 Nov mendakwa penyebaran maklumat kononnya anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara individu yang ditahan SPRM pada 29 Nov kerana terbabit dalam perlombongan pasir haram adalah berniat jahat.

Kenyataan pejabat Menteri Besar itu bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan bahawa individu yang ditahan terbabit adalah anak saudara Mohamed Azmin.

Pada 30 Nov Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman tujuh hari ke atas empat individu bagi membantu siasatan kes aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Selangor.

Tempoh tahanan reman berkenaan berakhir 6 Dis.

Empat individu termasuk dua pengarah syarikat melombong pasir, seorang pengurus tapak bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan, disyaki bersubahat dalam aktiviti tersebut.

-- BERNAMA



Sumber Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM


Demikianlah Artikel Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM

Sekianlah artikel Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik - SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: