Judul : "Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu" - Ude, keyboardist Gegar Vaganza 4
link : "Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu" - Ude, keyboardist Gegar Vaganza 4
"Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu" - Ude, keyboardist Gegar Vaganza 4
PEMUZIK Gegar Vaganza 4 (GV4), Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, mengakui telah bernikah dengan pelakon popular Izreen Azminda, 32, pada 8 Ogos lalu.
Bagaimanapun Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude merahsiakan lokasi pernikahan mereka.
"Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu.
"Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan dengan Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan," katanya.
BACA: 'Doakan yang terbaik untuk kami' - kahwin suami orang, ini jawapan Izreen Azminda
BACA: Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu - Isteri pemuzik
Ude berkata demikian ketika mengulas kenyataan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 32, yang rela bermadu dengan aktres popular.
Sehubungan itu Ude memohon agar semua pihak berhenti menyebarkan spekulasi dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isterinya.
“Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini.
"Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.
"Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya.
"Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain," katanya.
Ude dan Intan Liana yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan.
Mengulas dakwaan mengatakan rumahtangga bersama isteri pertama berantakan selepas berkahwin secara sembunyi dengan Izreen, Ude menafikannya.
Ude turut memohon pihak media juga tidak mengganggu privasi keluarganya.
"Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami.
"Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga," katanya.
Sumber: BH Online
Foto: Facebook Intan Liana
Sumber "Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu" - Ude, keyboardist Gegar Vaganza 4