Judul : Rezeki berganda Feeya
link : Rezeki berganda Feeya
Rezeki berganda Feeya
PENYAMPAI Sinar FM, Feeya Iskandar, 28, hamil kali kedua tiga bulan selepas melahirkan anak sulung, Februari lalu.Kandungannya kini tujuh bulan dan dijangka bersalin pertengahan Februari nanti.
Kata Feeya, dia tidak menyangka hamil lagi dalam waktu singkat selepas kelahiran Adam Malique Nurashid, 10 bulan.
“Walaupun agak terkejut kerana jarak kehamilan yang rapat, saya dan suami gembira kerana semua itu rezeki daripada Allah SWT.
“Adam dilahirkan 7 Februari dua hari selepas hari jadi saya dan saya dijangka bersalin anak kedua Februari juga,” katanya.
Feeya dan suami, Nurashid Abd Wahab, 30, yang berkahwin 6 Mei 2016, tidak kisah jantina anak kedua ini asalkan sihat dan sempurna sifatnya.
“Kami ada juga melakukan imbasan untuk melihat jantinanya tetapi tak nampak.
“Saya berharap proses kelahiran anak kedua dipermudahkan sebagaimana Adam dulu lahir secara normal,” katanya.
Feeya juga bersyukur tidak mengalami alahan dan mengidam yang bukan-bukan sejak hamil anak pertama.
“Saya tetapkan dalam minda tak mahu melayan sangat "ragam orang hamil" kerana saya bekerja," katanya.
Sumber Rezeki berganda Feeya