Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng

Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng
link : Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng

Baca juga


Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula Pulau Pinang daripada DAP jika pengundi di negeri itu menilai prestasi Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta mengetepikan sentimen perkauman pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz, berkata pelbagai pihak kecewa dengan prestasi pentadbiran Setiausaha Agung DAP itu sebagai Ketua Menteri.

"Kebelakangan ini, rakyat Pulau Pinang, tak kira kaum apa pun, marah kerana kegagalan kerajaan negeri menguruskan pembangunan dan kewangan seperti yang dijanjikan.

"Dalam manifesto, kerajaan negeri berjanji untuk menjaga alam sekitar, tapi lihat berapa ramai yang menjadi mangsa pencemaran kilang haram di Kampung Sungai Lembu.

"Begitu juga dengan kejadian banjir baru-baru ini yang berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjaga saliran, melaksanakan pembangunan berlebihan serta menarah bukit. Rakyat di sana marah," katanya.

Beliau berucap demikian pada forum Bajet 2018: Realiti atau Retorik pada Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0 di sini, hari ini.

Menjawab soalan wakil mahasiswa mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang sejak DAP memerintah negeri itu, Tun Faisal berkata, penilaiannya mendapati ramai orang Melayu Pulau Pinang marah kepada Guan Eng.

"Mereka marah kepada Guan Eng berbanding penggal lalu kerana kegagalan pentadbirannya dalam pelbagai perkara. Penggal lalu, ramai kata Ketua Menteri bagus, tiada dosa.

"Namun ketika ini, ada perubahan. Bukan saja rakyat, malah badan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu dan alam sekitar juga marah dia," katanya.

Mengenai bajet pembangkang bagi 2018, beliau berkata, ia bersifat andaian dan retorik berbanding Bajet 2018 dibentang kerajaan yang berasaskan kemampuan serta memiliki visi yang jelas.

"Permulaan bajet alternatif itu juga sudah menggunakan fakta salah," katanya.

Katanya, mukadimah bajet pembangkang mendakwa keraguan terhadap ekonomi Malaysia menyebabkan aliran keluar pelabur asing, sedangkan ia berlaku sejak 2013 disebabkan peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

"Bajet kerajaan pula bermula dengan tahap hubungan dagang dan diplomatik serta membandingkan prestasi ekonomi yang semakin baik berbanding tahun lalu, serta menjelaskan perkembangan positif daripada senario dunia.

"Perbandingan ekonomi menunjukkan, sama ada apa yang dilaksanakan tahun lalu berhasil atau sebaliknya serta senario dunia yang menjelaskan potensi dimiliki negara.

"Ia membuktikan Bajet 2018 dibentangkan kerajaan, memiliki strategi jelas dan berpandukan realiti," katanya.



Sumber Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng


Demikianlah Artikel Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng

Sekianlah artikel Rakyat marah, kecewa dengan Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: