Polis guna sampel rambut kesan dadah

Polis guna sampel rambut kesan dadah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis guna sampel rambut kesan dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis guna sampel rambut kesan dadah
link : Polis guna sampel rambut kesan dadah

Baca juga


Polis guna sampel rambut kesan dadah

GEORGETOWN: Polis merancang menggunakan sampel rambut bagi mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggotanya serta orang awam yang memohon menyertai pasukan itu mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Rahim Hanafi, berkata kaedah itu adalah antara usaha pihaknya memastikan tiada pegawai atau anggotanya terbabit dalam penyalahgunaan dadah pada masa hadapan.

Katanya, kajian pihaknya mendapati 25 peratus daripada pegawai dan anggotanya yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah, mengambil bahan terlarang itu sebelum menyertai pasukan lagi.

"Kita mempunyai kaedah baharu yang mampu mengesan sama ada individu itu pernah mengambil dadah dalam tempoh lama melalui sampel rambutnya.

"Sejak 2010, seramai 2,738 pegawai dan anggota polis dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah menyebabkan kita perlu mengetatkan proses ujian pengambilan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas dan Persaraan Ketua Polis Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Pada masa sama, Rahim berkata, kajian pihaknya mendapati sehingga November lalu, seramai 10,607 pegawai dan anggota polis didapati terbabit masalah hutang yang serius apabila hanya menerima 40 peratus gaji bersih setiap bulan.

"Awal tahun ini, seramai 15,478 pegawai dan anggota polis didapati mengalami masalah hutang yang serius, namun kita berjaya mengurangkannya kepada 10,607 sahaja sehingga November lalu.

"Mulai tahun depan juga, pegawai dan anggota polis hanya boleh berhutang melalui koperasi PDRM sahaja bagi mengelak mereka terus terbeban," katanya.

Terdahulu Rahim menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk A Thaiveegan yang dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu, menggantikan Datuk Chuah Ghee Lye yang bersara wajib mulai hari ini.



Sumber Polis guna sampel rambut kesan dadah


Demikianlah Artikel Polis guna sampel rambut kesan dadah

Sekianlah artikel Polis guna sampel rambut kesan dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: