Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah

Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah
link : Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah

Baca juga


Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya terus berusaha memelihara dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Baginda bertitah, usaha itu bukan hanya terletak di bahu pemerintah namun perlu dilaksanakan secara menyeluruh oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan setiap individu bagi melahirkan umat Islam yang kuat serta dihormati.

"Pada masa sama, keunikan Malaysia yang dilambangkan dengan keharmonian kaum perlu dihargai dan jangan kita mensia-siakan keamanan serta kedamaian wujud di negeri ini.

"Sama-samalah kita bersatu dalam menjaga negara daripada diceroboh oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan," titahnya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Teks titah baginda dibacakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pada majlis berkenaan seramai lima individu dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Pahang dan setiap seorang menerima trofi, wang tunai serta sijil.

Seorang daripada penerima adalah Datuk Rahimah Muhammad Kawi, 80, yang menyifatkannya sebagai satu penghargaan kepadanya kerana banyak menganjurkan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di sekitar Jerantut dan Lipis.

Rahimah yang juga antara wanita terawal bergelar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata, beliau tidak pernah mengimpikan menerima anugerah itu kerana perjuangannya selama ini adalah semata-mata mahu membantu orang ramai dan kepuasan sendiri.

"Saya seronok melihat orang bertambah maju dan bijak, pelbagai cara dilakukan seperti mengajar membaca di kelas dewasa selain kelas agama untuk saudara baharu Orang Asli di sekitar daerah Jerantut.

"Jika ada yang susah, kita beri bantuan seikhlas hati. Jika ada anak orang kampung dapat peluang mengaji (belajar) tinggi, kita usahakan dapat biasiswa Yayasan Pahang.

"Bila mereka ucap terima kasih, kita sudah seronok dan tambah gembira, bila berjumpa semula, ada yang masih ingat saya walaupun sudah tua dan mereka telah menjadi orang berjaya," katanya.

Selain aktif dalam politik, Rahimah juga membabitkan diri dalam pelbagai NGO seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita cawangan Kuala Lipis.



Sumber Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah


Demikianlah Artikel Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah

Sekianlah artikel Pelihara perpaduan sesama Islam - Tengku Abdullah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: