Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung

Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung
link : Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung

Baca juga


Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung

PEKAN: Tindakan seorang pekerja mahu menembak babi yang didakwa memusnahkan tanaman penduduk bertukar tragedi apabila tembakannya tersasar dan mengenai rakan sekampung.

Tembakan itu mencederakan dua lelaki yang berada berdekatan kawasan itu bagi melihat pekerja tersebut menembak haiwan itu menggunakan senapang jenis semi auto Benelli milik bapanya.

Kejadian berlaku jam 5 petang pada Selasa, di Kampung Permatang Pauh di sini, menyaksikan kedua-dua mangsa, berusia 45 dan 46 tahun, terkena peluru penabur di bahagian leher dan bahu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 6.30 petang yang memaklumkan dua lelaki yang cedera itu telah dibawa ke Hospital Pekan.

Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 43 tahun pergi ke hutan berkenaan bersama dua lagi rakannya untuk menembak babi tanpa pengetahuan bapanya.

Dua lagi rakan suspek yang berada di kawasan lain bergegas ke lokasi kejadian selepas terdengar bunyi tembakan sebelum ternampak dua mangsa terbaring di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah.

"Ekoran daripada kejadian ini, hasil siasatan, polis berjaya membuat tiga tangkapan. Salah seorangnya ialah suspek utama yang telah direman mulai 27 Disember hingga 2 Jan 2018.

"Manakala dua lagi rakannya yang berusia 68 dan 53 tahun dibebaskan dengan jaminan polis," katanya sambil menambah, selaras senapang patah bersama empat butir peluru turut dirampas. 

Bercakap pada satu sidang media di sini, hari ini, Amran berkata, suspek utama yang tinggal di kampung sama ditahan pada kira-kira 7 petang Selasa.

Kedua-dua mangsa yang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dilaporkan stabil dan serpihan peluru berkenaan juga sudah dikeluarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 (a) dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.



Sumber Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung


Demikianlah Artikel Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung

Sekianlah artikel Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: