Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan

Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan
link : Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan

Baca juga


Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan

KOTA BHARU: Seramai 13,113 mangsa banjir di Kelantan masih ditempatkan di 63 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6 petang ini.

Jumlah itu semakin berkurangan berbanding 14,402 mangsa pagi tadi.

Mereka adalah daripada 5,222 keluarga yang dipindahkan ke PPS di enam daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.

Portal eBanjir Kelantan melaporkan Pasir Mas masih mencatatkan mangsa banjir paling ramai membabitkan 9,325 orang daripada 3,971 keluarga di 39 PPS.

Bagaimanapun, jumlah itu semakin berkurangan berbanding 10,770 orang daripada 4,522 keluarga ditempatkan di 42 PPS jam 8 pagi tadi.

Jumlah mangsa di Kota Bharu turut berkurang 185 membabitkan 54 keluarga di tiga PPS berbanding 245 orang daripada 63 keluarga pagi tadi.

Hujan masih renyai di kebanyakan kawasan di negeri ini.

Daerah Tumpat menyaksikan pertambahan mangsa iaitu seramai 2,556 membabitkan 894 keluarga di tujuh PPS, berbanding 2,338 daripada 819 keluarga, pagi tadi.

Pasir Puteh pula mencatatkan 828 mangsa daripada 247 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan, manakala Tanah Merah seramai 102 orang daripada 29 keluarga di tiga PPS.

Di Gua Musang, dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh dan SMK Tengku Indra Petra 1 di Galas yang sepatutnya ditutup tengah hari tadi, dibuka semula jam 4 petang tadi menjadikan keseluruhan tiga PPS bagi menempatkan 117 mangsa daripada 27 keluarga.

Paras air Sungai Galas di Limau Kasturi semakin meningkat kepada bahaya 59 meter, iaitu 60.33 meter berbanding pagi tadi 60.61 meter.

Sehingga petang ini, paras tiga sungai termasuk dua Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih tidak berubah.

Sungai Galas di Dabong pula mencecah paras amaran, manakala empat sungai iaitu Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial dan Sungai Golok di Jenob pula melepasi paras berjaga-jaga.



Sumber Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan


Demikianlah Artikel Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan

Sekianlah artikel Lebih 10,000 mangsa masih di pusat pemindahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: