Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan

Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan
link : Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan

Baca juga


Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan

Polis Pekan menahan suspek yang tertembak dua rakannya ketika memburu babi hutan di Kampung Permatang Pauh 26 Disember lalu. ― Paparan skrin GooglePolis Pekan menahan suspek yang tertembak dua rakannya ketika memburu babi hutan di Kampung Permatang Pauh 26 Disember lalu. ― Paparan skrin GooglePEKAN, 29 Dis ― Dua lelaki cedera parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang rakan sekampung mereka yang berburu babi hutan di Kampung Permatang Pauh, di sini pada 26 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata dalam kejadian pada 5 petang itu, kedua-dua mangsa yang berumur 45 dan 46 tahun cedera pada bahagian leher dan bahu akibat terkena peluru penabur yang dilepaskan daripada senapang jenis semi auto Benelli. 

Siasatan awal mendapati, suspek yang berumur 43 tahun membawa senapang milik bapanya pergi ke hutan berkenaan bersama dua lagi rakannya untuk menembak babi hutan.

“Bagaimanapun ketika melepaskan tembakan, ia telah tersasar dan mengenai kedua-dua mangsa yang berada tidak jauh daripada suspek,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dua lagi rakan suspek yang berada di kawasan lain, bergegas ke lokasi kejadian apabila terdengar bunyi tembakan sebelum menemui kedua-dua mangsa terbaring berlumuran darah.

Amran berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pekan sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut, bagaimanapun kini dilaporkan stabil setelah pembedahan mengeluarkan serpihan peluru dilakukan.

“Susulan kejadian itu, polis menahan suspek yang tinggal di Kampung Permatang Pauh, kira-kira 7 petang pada hari sama. Suspek kini direman hingga 2 Januari 2018, manakala dua lagi rakannya yang berusia 68 dan 53 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

“Selaras senapang patah bersama empat butir peluru turut dirampas,” katanya. ― Bernama



Sumber Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan


Demikianlah Artikel Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan

Sekianlah artikel Disangka babi hutan, lelaki tertembak dua rakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: