Judul : Demi penggambaran di London...
link : Demi penggambaran di London...
Demi penggambaran di London...
PELAWAK Vicha, 29, mengaku menjadi mangsa penipuan syarikat produksi drama tempatan yang kini masih dalam penggambaran.Bekas ahli kumpulan Saywho itu mendakwa dijanjikan bayaran RM2,500 untuk berlakon tiga atau empat babak serta tambahan RM1,000 untuk penggambaran di London.
Katanya, bayaran itu dirasakan logik kerana membabitkan beberapa babak sahaja.
“Saya juga dijanjikan tambahan RM1,000 untuk bayaran permit bekerja dan tiket penerbangan percuma kerana penggambaran seterusnya dilakukan di London.
“Malangnya ketika proses penggambaran bermula, wujud babak tambahan yang memerlukan saya memegang dua watak pembantu.
“Lebih malang lagi, nama saya digugurkan untuk babak di London sedangkan saya sudah keluarkan duit sendiri RM2,700 untuk urusan permit kerja,” katanya.
Vicha atau Revika Novianti Faturohman berkata, dia sudah mengingatkan produksi untuk memaklumkan lebih awal beberapa bulan lalu kerana proses mendapatkan permit mengambil masa lama.
“Bagaimanapun, saya hanya diberitahu menyiapkan permit tiga minggu sebelum berangkat.
"Saya pulang ke Indonesia dan dapatkan permit 'priority' melalui ejen di sana. Selepas buat segala macam dan dua minggu berada di sana, tiba-tiba diberitahu nama saya digugurkan," katanya kesal.
Sumber Demi penggambaran di London...