Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar

Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar
link : Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar

Baca juga


Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar

KUALA LUMPUR: Kejadian rahim pecah merupakan risiko kepada ibu hamil yang memilih kelahiran normal selepas pernah melahirkan secara pembedahan, menurut Pakar Perunding Perubatan Maternal dan Fetal, Pusat Perubatan Universiti Malaya Profesor Dr Imelda Balchin.

Beliau berkata risiko itu boleh berlaku pada kira-kira empat daripada 1,000 ibu hamil yang memilih kelahiran normal selepas pernah melahirkan secara pembedahan.

"Kami sangat menggalakkan kelahiran normal bagi ibu dan janin tanpa masalah yang rumit, tetapi mestilah dengan cara dan lokasi yang selamat iaitu bersalin di hospital," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas risiko itu.

Tambahnya, berada di hospital bersalin membolehkan kebanyakan ibu selamat melahirkan dengan cara normal dan dipantau dengan teliti oleh pakar dan pegawai perubatan.

Menurut beliau, jika berlaku rahim pecah ketika bersalin di rumah, pesakit akan lewat mendapat bantuan kecemasan bagi menyelamatkan ibu dan anak di dalam kandungan.

Dr Imelda meluahkan rasa kecewa terhadap golongan tidak bertanggung jawab yang menggalakkan ibu hamil menjalani kelahiran normal di rumah selepas pernah melahirkan secara pembedahan sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko rahim pecah.

"Golongan itu tidak pernah melihat sendiri kejadian rahim pecah.

"Pendarahannya sangat serius dan boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi sekiranya tidak mendapat transfusi darah segera dan pembedahan serta merta untuk menyelamatkan bayi serta menghentikan pendarahan ibu," jelas beliau.

Sepanjang 19 tahun pengalaman beliau bertugas di bilik bersalin, Dr Imelda pernah melihat kejadian rahim pecah kira-kira dua kali setahun.

"Alhamdullilah setakat ini, dengan pembedahan segera, transfusi darah dan bantuan pernafasan kepada ibu dan bayi, membolehkan semua ibu dan bayi yang saya pernah bantu selamat kerana kejadian itu berlaku di hospital," katanya.

Beliau menegaskan bahawa ibu dan bayi itu sempat diselamatkan kerana berada di hospital dan menerima bantuan kecemasan serta merta.

Justeru beliau menggesa para ibu hamil untuk hanya mendengar nasihat pakar kesihatan ibu dan anak yang berpengalaman.

"Kami (doktor) tahu apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan.

"Untuk kelahiran normal selepas pernah melahirkan secara pembedahan, bersalinlah hanya di hospital dan bukan di rumah supaya anda mendapat sokongan sepenuhnya," tegas beliau, menambah bahawa risiko itu melibatkan dua nyawa yang perlu dihargai.

Lagipun katanya, golongan yang menggalakkan ibu hamil yang pernah melahirkan secara pembedahan untuk bersalin di rumah itu tiada pengalaman mencukupi untuk memberi nasihat itu.

-- BERNAMA



Sumber Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar


Demikianlah Artikel Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar

Sekianlah artikel Awas risiko rahim pecah ketika bersalin - Pakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: