Apit kereta polis, PPj pertahan SOP

Apit kereta polis, PPj pertahan SOP - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Apit kereta polis, PPj pertahan SOP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apit kereta polis, PPj pertahan SOP
link : Apit kereta polis, PPj pertahan SOP

Baca juga


Apit kereta polis, PPj pertahan SOP

Gambar sebuah kereta peronda polis yang diletakkan di bahu jalan berhampiran Menara Usahawan di Putrajaya tular di laman sosial sejak semalam.Gambar sebuah kereta peronda polis yang diletakkan di bahu jalan berhampiran Menara Usahawan di Putrajaya tular di laman sosial sejak semalam.PUTRAJAYA, 28 Dis ― Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini menjelaskan tindakan mengapit tayar sebuah kereta peronda polis di sini adalah bagi memastikan tiada unsur pilih kasih dalam penguatkuasaannya.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan PPj Muhamad Irwan Adbullah berkata tindakan mengapit tayar kereta itu merupakan prosedur tindakan penguatkuasaan PPj mengikut Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan halangan lalu lintas.

“Pelaksanaan apitan ini adalah bagi mendidik dan mencegah orang ramai daripada terus melakukan kesalahan lalu lintas yang akan menyebabkan kepincangan kepada kesejahteraan bandar dan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Gambar sebuah kereta peronda polis yang diletakkan di bahu jalan berhampiran Menara Usahawan di sini tular di laman sosial sejak semalam.

Muhamad Irwan menjelaskan semasa rondaan, pasukan penguatkuasa PPj mendapati kereta peronda polis di lokasi apitan dan dalam masa sama, mereka cuba menghubungi pemandu di sekitar lokasi namun gagal.

“Justeru itu, adalah menjadi prosedur untuk melaksanakan tindakan apitan ke atas semua kereta yang melakukan kesalahan termasuk kereta peronda polis,” katanya.

Muhamad Irwan berkata penguatkuasaan zon apitan dan tundaan dilaksanakan sejak 1 April lepas.

Beliau berkata PPj turut menyediakan Panduan Zon Apitan, Tunda dan Kawasan Letak Kereta Di Putrajaya yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi www.ppj.gov.my. ― Bernama 



Sumber Apit kereta polis, PPj pertahan SOP


Demikianlah Artikel Apit kereta polis, PPj pertahan SOP

Sekianlah artikel Apit kereta polis, PPj pertahan SOP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: