Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir

Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir
link : Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir

Baca juga


Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir

Banjir yang melanda beberapa kampung dekat Pelangai sejak tengah malam tadi. — Foto ihsan Facebook/Info Kemalangan & Bencana Malaysia Banjir yang melanda beberapa kampung dekat Pelangai sejak tengah malam tadi. — Foto ihsan Facebook/Info Kemalangan & Bencana Malaysia KUANTAN, 29 Dis — Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seorang anggota bomba sukarela berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih sejam selepas jambatan Kampung Hayat di Simpang Pelangai, Bentong runtuh akibat arus deras, awal pagi ini.

Mohd Yasin Mohd Yusof, 30, yang memandu kenderaan jenis Land Rover milik APM berkata kejadian berlaku pada 4.30 pagi semasa mereka diarahkan membuat pemantauan ekoran banjir kilat yang melanda tiga kampung di Pelangai sejak tengah malam tadi.

Katanya mereka baharu selesai menyeberangi jambatan itu, apabila terpaksa berhenti di hujungnya kerana jalan ke kampung tersebut tidak selamat untuk dilalui ekoran sudah dinaiki air separas pinggang, selain arus deras.

“Saya membuat keputusan untuk berpatah semula ke belakang dan menggunakan satu lagi laluan ke Kampung Hayat. Bagaimanapun semasa melihat ke belakang, saya  nampak jambatan semakin hilang sebelum sedar, ia sebenarnya sudah runtuh.

“Saya beritahu mereka yang di dalam kenderaan. Kami tidak boleh bergerak kerana di hadapan air juga laju. Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu hingga air reda sedikit sebelum meneruskan perjalanan,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Yasin berkata sepanjang terperangkap, mereka mengambil giliran untuk memantau keadaan air di hadapan dan belakang kenderaan itu, sambil masing-masing cuba untuk menenangkan satu sama lain supaya tidak panik.

Beliau yang telah setahun lebih menyertai APM sudah terdetik dalam fikiran, seolah-olah jambatan itu kelihatan “lebih rendah” daripada biasa semasa melaluinya.

“Tidak  boleh bayangkan jika ia runtuh semasa kami berada di atasnya kerana arus sangat deras. Malah semasa terperangkap, ada juga beberapa kali saya terfikir apa akan jadi jika air terus meningkat…adakah kami akan dibawa arus bersama-sama kenderaan?

“Tapi saya ingatkan diri supaya terus bertenang. Ada tiga nyawa yang berada dalam tanggungjawab saya. Saya tahu kami kena bersabar. Saya terus berdoa supaya kawasan yang hanya muat-muat untuk sebuah Land Rover berada tidak dinaiki air,” katanya.

Mohd Yasin berkata air dilihat semakin tenang dan reda ketika hampir 6 pagi dan mereka membuat keputusan untuk meredah air ke Kampung Hayat selepas berbincang sesama sendiri.

“Sangat bersyukur bila dapat keluar dari kawasan itu...saya perhatikan semua pun sebenarnya menarik nafas lega. Selepas berpuas hati tiada kerosakan dan semua  sudah bertenang,  kami terus menyambung tugas membuat pemantauan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Bentong Mohd Zulkhairi Adek Awang berkata jambatan itu runtuh apabila tebing sungai yang memegang struktur jambatan tersebut runtuh dibawa arus deras.

Katanya keadaan itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan selanjutnya pagi ini. — Bernama



Sumber Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir


Demikianlah Artikel Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir

Sekianlah artikel Anggota APM cemas, jambatan runtuh akibat banjir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: