Judul : 1.8 juta anggota APM sedia hadapi banjir
link : 1.8 juta anggota APM sedia hadapi banjir
1.8 juta anggota APM sedia hadapi banjir
BERUAS: Sejumlah 1.8 juta anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.Shahidan berkata kesemua anggota tersebut bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu polis, tentera, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memastikan mangsa banjir mendapat bantuan terbaik daripada pihak kerajaan.
"Kita gerakkan (semua anggota) ke seluruh negara. Saya juga bergerak dari Terengganu, Kelantan, Perak dan ada sikit di Perlis kemudian kita akan gerakkan jentera kita ke mana sahaja.
"Di pusat penempatan sementara sewajarnya polis (bertindak) sebagai ketua, timbalannya pihak bomba dan agensi-agensi lain seperti APM, Rela dan sebagainya membantu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat penempatan di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis di sini, hari ini.Shahidan berkata di daerah Manjung, enam pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 943 mangsa daripada 225 keluarga dan kesemua pusat pemindahan tersebut berada dalam keadaan baik termasuk aspek bekalan makanan.
Shahidan berkata sehingga kini pihaknya meletakkan Perak pada amaran berjaga-jaga dan APM bersedia menghantar pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke negeri ini sekiranya keadaan membimbangkan.
"Kita hantar pasukan SMART di Kelantan dan Terengganu. Kita ambil pendekatan kalau kita dapat amaran berjaga, kita mesti turun bawah (lokasi kejadian).
"Pusat pemindahan juga diaktifkan serta-merta kecuali apa yang berlaku di Pulau Pinang itu di luar (jangkaan)," katanya.
Shahidan berkata sehingga kini kesemua aset APM mencukupi dan berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi bencana banjir.
"Aset mencukupi iaitu aset kerajaan dan juga aset badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh kita sewa temasuk dari persatuan nelayan untuk digerakkan kalau sekiranya diperlukan," katanya.
--BERNAMA
Sumber 1.8 juta anggota APM sedia hadapi banjir