Judul : 15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
link : 15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Tidak dapat dinafikan kadar kos sara hidup pada zaman sekarang adalah meningkat jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu bahkan sering juga terdengar rungutan oleh rakyat biasa berkenaan kenaikan harga barangan harian dan juga harga makanan sama ada dimasak sendiri ataupun di kedai-kedai makan.
BACA: 5 Fakta Tentang Musang King Yang Bakal Jadi Durian Diraja
Oleh itu satu soal selidik telah dijalankan oleh Merdeka Centre bermula 4 November hingga 14 November baru-baru ini terhadap 1,203 pengundi berdaftar mengenai hal ini.
Pakar ekonomi, Prof. Dr Barjoyai Bardai memberitahu The Sun Daily bahawa keadaan sekarang membimbangkan terutamanya bagi B40 iaitu kumpulan isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.
Bahkan Barjoyai turut berkongsi kumpulan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319) pula mempunyai jumlah simpanan yang terlalu minimum.
Soal selidik itu menemui sebanyak 15% daripada jumlah responden akan tidak makan mengikut waktu yang sepatutnya kerana ini berjimat.
“Secara puratanya bagi kumpulan B40 berpendapatan bulanan kurang dari RM2,000 walhal jumlah minimum hidup di kawasan bandar adalah RM2,530. Secara asasnya mereka tidak berpeluang untuk menyimpan kecuali daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)” ujarnya lagi.
Tambahnya, keadaan kini akan membimbangkan kumpulan B40 dan M40 apabila pendapatan tahunan mereka tidak seimbang dengan kenaikan kos sara hidup.
“Lagi 10 tahun mungkin mereka tidak akan dapat bertahan dengan peningkatan itu, oleh itu kita perlu pastikan setiap keluarga mempunyai sumber pendapatan lain selain daripada gaji,” beritahunya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Makanan ‘Peha Wanita’ Jadi Kegilaan Di Jepun
5 Perkara Menarik Tentang Nasi Dagang Pak Malau
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram