Judul : Video sakitnya wanita hamil 2 kali jatuh akibat kecuaian paramedik
link : Video sakitnya wanita hamil 2 kali jatuh akibat kecuaian paramedik
Video sakitnya wanita hamil 2 kali jatuh akibat kecuaian paramedik
ADUH! sakitnya, mungkin itu yang dirasai seorang remaja yang hamil yang terjatuh dua kali semasa pasukan paramedik membawanya keluar dari ambulans.
Insiden yang dirakamkan saksi di Hospital El Carmen di bandar Huancayo, Peru menunjukkan pesakit berusia 16 tahun itu terjatuh dari pengusung yang diangkat pasukan paramedik.
Kejadian pertama apabila salah seorang petugas paramedik terlepas dari genggamannya pada pengusung.
Malangnya, pesakit berkenaan terjatuh buat kali kedua sewaktu pasukan paramedik meletakkannya semula di atas pengusung.
Insiden kedua disebabkan bahagian bawah yang berfungsi untuk mendirikan tempat pengusung itu tidak kukuh lalu mengakibatkan pesakit tersebut terjatuh sekali lagi.
Bagaimanapun, pasukan paramedik akhirnya berjaya meletakkan semula pesakit itu di atas pengusung sebelum membawanya masuk ke hospital untuk diberikan rawatan.
Pengarah Hospital El Carmen, Manuel Adrian Acosta berkata, pesakit berkenaan ditempatkan di unit rawatan rapi dan selamat melahirkan anaknya menerusi pembedahan ‘caesarean’ tanpa sebarang masalah. – Mirror
Sumber: MStar
Sumber Video sakitnya wanita hamil 2 kali jatuh akibat kecuaian paramedik