Judul : Puntung makin kritikal, tak sanggup lihat penderitaannya, dia bakal ditidurkan untuk selama-lamanya
link : Puntung makin kritikal, tak sanggup lihat penderitaannya, dia bakal ditidurkan untuk selama-lamanya
Puntung makin kritikal, tak sanggup lihat penderitaannya, dia bakal ditidurkan untuk selama-lamanya
Seekor badak Sumatera bernama Puntung sebelum ini telah menarik perhatian dunia apabila berjaya dibedah oleh pasukan pakar berbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, lapor Berita Harian.
Namun dilaporkan keadaan Puntung kini adalah kritikal akibat kanser sel skuamus dan semakin membengkak menyebabkan badak Sumatera ini sedang menanggung derita dan ia kemungkinan terpaksa diberikan suntikan Euthanasia iaitu mencabut nyawa secara perlahan untuk menamatkan siksa kerana penyakit.
Pengarah Hidupan Liar Sabah (SWD), Augustine Tuuga berkata, bengkak di pipi kiri Puntung membawa kepada pengesanan sesuatu akar gigi yang dijangkiti kuman dan semakin buruk dan dua biopsi dijalankan selepas pembedahan mendedahkan penyakit berkenaan.
“Puntung disahkan menghidap kanser sel skuamus iaitu kanser kulit selepas pembedahan dan dua biopsi dilakukan. Kanser itu telah merebak dengan pantas sejak beberapa minggu lalu. Pakar dari beberapa negara juga bersetuju bahawa ia akan membawa maut, dengan atau tanpa rawatan.
“Sehingga hari ini, Puntung tidak lagi boleh bernafas melalui lubang hidung kiri malah badak betina itu kini berada dalam kesakitan dan keadaan kesihatannya bertambah merosot. Selain menggunakan ubat penahan sakit, tiada apa lagi yang boleh dibuat.
“Oleh itu, kami tiada pilihan untuk mencari alternatif lain kecuali bersetuju dengan nasihat perubatan profesional dan kita telah diberi kuasa untuk membenarkan euthanasia.
“Ini adalah satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat,” katanya dalam kenyataannya.
Beliau dalam pada itu belum pasti sama ada euthanasia yang dirancang ke atas Puntung akan dilakukan pada 15 Jun ini.
Pada 2011 lalu, Puntung telah berjaya ditangkap dan cuba dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan Tam, namun gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakannya.
Badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun.
Sumber: Siakapkeli.my
Sumber Puntung makin kritikal, tak sanggup lihat penderitaannya, dia bakal ditidurkan untuk selama-lamanya