Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah!

Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah!
link : Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah!

Baca juga


Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah!

POLIS Iskandar Puteri menahan seorang lelaki, semalam, yang terbabit dalam kes pecah rumah dengan menggunakan modus operasi memandu lori yang tertera khidmat membaiki bumbung dan paip sebelum memecah masuk rumah mangsa melalui bumbung.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai, pada 11 malam semalam, kurang 24 jam selepas satu kejadian pecah rumah kedai dilaporkan.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri membuat serbuan di rumah berkenaan dan menahan suspek sebelum menjumpai semula barangan yang dicuri.

€Kita merampas semula barangan dengan nilai sebanyak RM60,000 termasuk koleksi wang kertas lama, loket emas, komputer riba, beg tangan, ubat-ubatan, jam tangan dan juga pingat kebesaran.

“€Kita juga berjaya membongkar taktik digunakan suspek apabila merampas sebuah lori satu tan dan tangga yang dipercayai digunakan untuk memanjat bumbung premis,”katanya.

Beliau berkata, kelmarin, seorang lelaki membuat laporan berhubung rumah kedai di Taman Sri Pulai Perdana itu dipecah masuk ketika dia meninggalkan premis untuk pergi ke rumah rakannya pada 1 tengah hari dan apabila pulang ke rumah pada 4.45 petang, dia mendapati rumahnya diselongkar menyebabkan dia kerugian kira-kira RM60,000.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek memecah masuk ke dalam rumah itu dengan cara memanjat bumbung dan masuk melalui siling bangunan.

“€Selepas berjaya masuk ke dalam rumah, suspek bertindak menyelongkar rumah dan mengambil barangan berharga sebelum keluar semula melalui bumbung.

“€Modus operandi suspek ini adalah dengan membawa sebuah lori yang mempunyai tulisan menawarkan perkhidmatan membaiki bumbung dan servis paip air selain menggunakan tangga yang dibawa untuk memanjat bumbung,” katanya.

Menurut Noor Hashim, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berhubung kes pecah rumah dan dia mengaku terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di kawasan Iskandar Puteri dan daerah berhampiran.

Katanya, suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah!


Demikianlah Artikel Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah!

Sekianlah artikel Baiki bumbung, paip konon…. nak mencuri rupanya.. piraah! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: