Judul : Ibu muda 22 tahun dan kekasih 28 tahun menangis dituduh bunuh bayi
link : Ibu muda 22 tahun dan kekasih 28 tahun menangis dituduh bunuh bayi
Ibu muda 22 tahun dan kekasih 28 tahun menangis dituduh bunuh bayi
Sepasang kekasih di sini hanya mampu menangis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen sebentar tadi atas pertuduhan membunuh bayi berusia 21 bulan dengan niat, minggu lepas.
Tertuduh, ibu mangsa, Nabila Naim, 22 dan kekasihnya Mohd Hanafi Misban, 28 yang bekerja sebagai mekanik mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dihadapan Hakim Salawati Djambari.
Mengikut pertuduhan mereka melakukan perbuatan itu pada 15 Mei lalu diantara jam 7.10 pagi hingga jam 2.30 petang di sebuah rumah dekat Felda Bukit Easter dengan niat melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zahril Sufyan Abdul Zahir berusia setahun sembilan bulan.
Ekoran itu, mereka didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Salawati menetapkan 3 Julai ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedan siasat dan DNA serta tidak membenarkan ikat jamin ke atas kedua-dua tertuduh.
Kedua-dua tertuduh dilihat menangis teresak-esak selepas dibawa keluar dari kamar mahkamah. Difahamkan, tertuduh wanita yang tidak bekerja kini sedang mengandung tiga bulan hasil hubungan dengan tertuduh lelaki.
Sumber: Sinar
Sumber Ibu muda 22 tahun dan kekasih 28 tahun menangis dituduh bunuh bayi