Judul : “Lesen 1 Malaysia serendah RM500! Tak perlu kelas dan ujian, khas untuk yang selalu gagal, tak ada masa, boleh tambah kelas”
link : “Lesen 1 Malaysia serendah RM500! Tak perlu kelas dan ujian, khas untuk yang selalu gagal, tak ada masa, boleh tambah kelas”
“Lesen 1 Malaysia serendah RM500! Tak perlu kelas dan ujian, khas untuk yang selalu gagal, tak ada masa, boleh tambah kelas”
‘Lesen terbang’ datang lagi! Kali ini lesen memandu ekspres dijual serendah RM500.
Harga baharu itu mungkin ‘bonus raya’ memandangkan promosinya sempena bulan Ramadan.
Ia jauh lebih murah, separuh daripada harga lesen yang ditawarkan sindiket sebelum ini tanpa perlu menjalani ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang harganya antara RM1,000 sehingga RM1,500.
“Selamat berpuasa, lesen 1Malaysia RM599, lesen serendah RM500.
“Tak perlu kelas dan ujian, khas untuk yang selalu gagal, tak ada masa, boleh tambah kelas (kenderaan), sila pm (mesej secara terus) saya jika nak pakai segera,” menurut promosi ‘lesen terbang’ yang tersebar di Facebook sejak beberapa hari lalu.
Ia turut memuat naik beberapa gambar lesen memandu sebagai contoh turut disertakan nombor telefon bagi membuat tempahan menerusi aplikasi WhatsApp.
“Boleh buat pembayaran. Sediakan gambar IC (kad pengenalan) yang jelas, nombor IC alamat kamu. Saya akan uruskan lesen kamu,” kata ejen yang dipercayai sindiket yang berpangkalan di Sabah menerusi aplikasi WhatsApp.
Dipercayai, individu terbabit menyasarkan laman Facebook berkumpulan yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai bagi memudahkan mencari ‘pelanggan’.
Menariknya, tawaran ‘lesen terbang’ itu dikatakan hanya terhad kepada 20 orang, mungkin strategi untuk memancing mereka yang benar-benar berminat selain menyegerakan pembayaran.
Ia mungkin juga taktik untuk menunjukkan promosi tersebut lebih meyakinkan dan bukan tujuan untuk menipu mangsa.
“Terhad kepada 20 orang, 19 sudah buat. Ada satu kekosongan sahaja lagi. Masih boleh kalau kamu nak,” pujuk ejen berkenaan kepada wartawan mStar Online yang menyamar kononnya berminat dengan promosi berkenaan.
Difahamkan, harga bagi lesen memandu kelas B2 adalah RM500, manakala RM599 untuk pakej kelas B2 dan D.
Ejen yang dipercayai di Sabah itu memberitahu bahawa lesen memandu tersebut boleh siap dalam masa empat hari selepas pembayaran dibuat.
“Bagi saya resit, saya urus lesen kamu,” katanya yang turut memberikan nombor akaun bank yang didakwa sebagai akaun milik majikannya.
Mac lalu, mStar Online melaporkan mengenai sindiket khidmat yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian JPJ yang tersebar di media sosial terutama Facebook.
JPJ membuat laporan polis terhadap lebih 10 akaun Facebook yang menawarkan lesen memandu ekspress berkenaan kepada orang ramai.
Sumber: Mstar
Sumber “Lesen 1 Malaysia serendah RM500! Tak perlu kelas dan ujian, khas untuk yang selalu gagal, tak ada masa, boleh tambah kelas”