Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar
link : Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

Baca juga


Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

Ia kerana komen yang mengkritik dasar AS dan juga pendirian negara Arab terhadap Iran.

emir-qatar

RIYADH: Sebuah kumpulan yang mendakwa diri mereka waris kepada pengasas aliran Wahabi, Muhammad ibn Abdul Wahhab, menyatakan kemarahan mereka terhadap pemerintah Qatar selepas komen yang menyelar retorik negara Arab terhadap Iran.

Akhbar Arab Saudi, Okaz, melaporkan seramai 200 waris Ibn Abdul Wahhab yang marah dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, kini mahu sebuah masjid yang dinamakan sempena pengasas fahaman itu diubah nama.

Minggu lepas, media milik kerajaan Qatar menerbitkan komen Sheikh Tamim yang antara lain mengkritik retorik negara Teluk terhadap Iran di samping mempersoalkan dasar luar Amerika Syarikat.

Qatar bagaimanapun menafikan mengeluarkan komen tersebut, sebaliknya berkata agensi beritanya digodam.

Bagaimanapun, media kerajaan Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus melaporkan komen tersebut sehingga menimbulkan kemarahan Doha.

Laporan akhbar Arab Saudi itu merujuk kepada “salah seorang emir negara Teluk” yang membina sebuah masjid bersempena nama Ibn Abd al-Wahhab, dan mendakwa tokoh tersebut adalah moyangnya.

Masjid negara Qatar yang dibuka pada 2011 dinamakan Masjid Sheikh Mohammed ibn Abd al-Wahhab.

“Kami menuntut nama masjid itu diubah kerana ia tidak lagi patuh kepada jalan Salafi yang betul,” kata kenyataan kumpulan itu, merujuk kepada nama yang digunakan pengikut Wahabi untuk fahaman mereka.

Keluarga al-Thani yang memerintah Qatar berasal dari wilayah Najd di bahagian tengah dan utara Arab Saudi yang juga merupakan tempat asal Ibn Abd al-Wahhab. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada mereka mempunyai pertalian keluarga secara langsung.

Pertelingkahan dengan Qatar turut menyebabkan pihak berkuasa Arab Saudi dan UAE menyekat laman berita Qatar, Al Jazeera, yang dianggap Riyadh dan Abu Dhabi sebagai tidak mesra terhadap mereka. Stesen penyiaran itu bagaimanapun mendakwa ia sebuah badan berita bebas.

Hubungan Qatar dan beberapa negara Arab di Teluk menjadi buruk selama 8 bulan pada 2014 susulan sokongan Qatar terhadap kumpulan Ikhwanul Muslimin, ideologi politik yang melawan pemerintahan bercorak raja.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar


Demikianlah Artikel Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

Sekianlah artikel Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: