Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam

Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam
link : Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam

Baca juga


Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam

Siapa tidak kenal Vince Focarelli, kisah bekas ketua mafia yang berpengaruh di selatan Australia menjadi tular di media sosial.

Tapi tidak ramai yang tahu kisah di sebalik Vince yang lahir dalam keluarga yang beragama Kristian (Katolik) mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.

Pada awalnya, Vince yang berbadan sasa ini hanyalah seorang Muslim pada nama dan bukan pada penghayatannya.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Bayan Linnas siri ke-93, hidayah itu timbul apabila Vince selalu meluangkan masa bersama ahli-ahli kumpulannya yang mana sebahagian mereka beragama Islam.

Perbincangan mengenai Nabi Isa (Jesus) menarik minat Vince sehingga apabila diceritakan mengikut kaca mata Islam, dia kemudian mengaitkannya dengan kefahaman agamanya (Kristian) ketika itu.

Banyak persoalan sering menghantui dirinya sehinggalah hidayah itu muncul dan Vince sendiri mengucapkan dua kalimah syahadah.

Imej Vince semasa menjadi ketua gengster. Foto bikersofamerica.blogspot.my

Walaupun Vince telah memeluk Islam, namun dia tetap meneruskan aktiviti bersama kumpulannya.

Kumpulan-kumpulan gengster lain sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan antara satu sama lain dan terdapat enam percubaan untuk membunuh Vince termasuk satu percubaan bunuh menggunakan bom.

Malah, salah satu siri percubaan membunuh itu telah meragut nyawa anak lelakinya, Giovanni.

Vince pernah dipenjarakan dan ditempatkan secara bersendirian dalam sel tahanan, dan satu permintaannya adalah menjadikan al-Quran sebagai teman.

Di sinilah Vince membaca al-Quran dari mula sehingga berjaya mengkhatamkannya walaupun dia sendiri tidak mengetahui isi kandungannya.

Dengan kebesaran Allah, sejurus mengkhatamkan bacaan al-Quran, Vince didatangi seorang warden penjara untuk memberitahu dirinya telah bebas.

Hari itu ternyata bermakna buat Vince yang mengakhiri kehidupannya di sebalik tirai besi selama 14 bulan di atas kesalahan dadah dan senjata api.

Perkara pertama yang dilakukannya apabila dibebaskan dari penjara adalah pergi bersolat di masjid, selain meninggalkan kumpulannya bersama segala aktivit lampau.

 

Vince memulakan kehidupan baharu dengan membuka sebuah restoran di Australia yang menyediakan makanan halal dan turut memberi sumbangan kepada golongan gelandangan selain melakukan amal jariah lain.

Bagaimanapun, Vince kini menerima perintah diusir keluar dari Australia dan perlu kembali ke negara asalnya di Itali.

Namun ia tidak mematahkan semangatnya dalam berdakwah bagi mengajak manusia lain untuk mengenal Islam.

Kisah perubahan dirinya yang menjadi tular satu masa dahulu banyak dijadikan sebagai motivasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan bahkan membuka mata ramai pihak mengenai bagaimana Islam mampu mengubah kehidupan seseorang.

Vince memilih Abdul Salam sebagai nama Islamnya yang mana Salam itu membawa maksud selamat sejahtera.

Ditanya mengapa memilih nama Abdul Salam, Vince berkata: “Dahulu aku banyak membuat huru-hara, kini aku seorang muslim, hamba Allah SWT. Aku tidak akan membuat huru-hara lagi.”
Sumber: Mstar



Sumber Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam


Demikianlah Artikel Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam

Sekianlah artikel Bekas ketua mafia Australia dedah cerita sebenar peluk Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: