Judul : 5 Teknik Berkomunikasi Yang Bagus Yang Buat Orang Suka Pada Anda
link : 5 Teknik Berkomunikasi Yang Bagus Yang Buat Orang Suka Pada Anda
5 Teknik Berkomunikasi Yang Bagus Yang Buat Orang Suka Pada Anda
#1-Beri Perhatian Dan Tunjukkan Minat Pada Percakapan Orang Lain
Psikologi manusia, orang suka bila kita tunjukkan yang kita betul-betul dengar dan rasa minat nak ambil tahu apa yang dia kata. Bila dengar dia berbicara, pandang kearah muka orang tersebut dan camkan ekspresi mukanya dan bahasa badan.
Cuba untuk merasa perkara yang sama yang mereka katakan. Katakan yang anda ingin dengar lagi, minta mereka sambung lagi, katakan yang kisah mereka menarik. Anda akan dapat mereka akan mula menyukai anda dan mungkin mereka akan menjadi kawan baik anda.
Boleh jadi rakan bisnes juga kalau berpotensi. Tetapi, kenalah betul-betul ikhlas. Kalau kita cakap sahaja dekat mulut tetapi lansung tidak berbekas di hati, orang pun boleh perasan yang kita ini tidak jujur atau fake. Belajar jadi pendengar yang baik.
#2- Sentiasa Tonjolkan Nilai Positif Seseorang
Jangan lupa untuk beritahu secara terbuka sekiranya seseorang telah membuatkan anda rasa atau menjadi lebih positif. Katakan seseorang telah mengatakan atau berbuat sesuatu kebaikan kepada anda yang tidak disangka-sangka dan anda berasa gembira dengannya, beritahu mereka walaupun perbuatan itu kecil.
Lumrah manusia suka dihargai, tetapi lumrah juga manusia jarang mengatakan perkara-perkara kecil yang berlaku dalam hidup mereka. Bila orang rasa dihargai, mereka juga akan turut menghargai kita.
Mereka rasa yang kehadiran mereka memainkan peranan dalam hidup kita. Dengan cara ini, kitaran positif akan berlansung dan sentiasa berputar dalam hidup kita.
Orang pun akan lebih seronok bila berada dengan kita dan akan hormat kita. Dalam situasi kerja, orang akan lebih senang untuk bekerjasama dengan kita kalau mereka tahu kita percayakan mereka dan usaha mereka dihargai.
#3- Gunakan Perkataan Yang Kedengaran Mesra
Sama ada kita kenal rapat atau tidak seseorang itu, tidak salah kalau kita ucapkan sesuatu yang mesra apabila bersua. Contohnya seperti, “Lama tak jumpa!!”, “Nampak bahagia sekarang..”, “Macam mana hari ini, OK?”, “Wah..sihat ke? Lama tak jumpa!!”.
Ini akan membuatkan sesorang itu rasa kita suka dengan kehadiran mereka. Daripada sapaan kasual yang biasa, kita akan membina satu perhubungan yang positif dengan orang lain. Jangan juga lupakan ucapan penghargaan seperti “Terima kasih”, “Anda sangat baik, saya bertuah dapat mengenali anda”, “Saya bersyukur anda ada disini untuk membantu saya”.
#4- Bantu Motivasikan Orang Lain
Tidak semua orang mahu berkongsi impian dia, kesusahan dia, kegagalan dan keperitan dia dengan kita. Jadi, bila seseorang itu sudi untuk berkongsi perkara-perkara yang mungkin agak peribadi, sama ada positif atau negatif, bantu mereka untuk rasa lebih termotivasi.
Jikalau kisahnya negatif, katakan yang dia adalah seorang yang kuat sebab dia masih bersabar atau bertahan dengan ujian tersebut. Katakan yang anda kagum dengan semangatnya sebgai contoh.
Kalau kisahnya lebih kepada impian atau kejayaan, katakan anda bangga dengan semangatnya, pencapaiannya dan puji orang tersebut dengan cara yang sesuai. Jangan bodek! Puji secara ikhlas sama ada situasi orang tersebut bagus ataupun sebaliknya.
#5-Jaga Bahasa Badan Yang Positif
Kadang-kadang bila kita bercakap, orang akan salah faham niat ataupun bahasa kita hanya kerana bahasa badan kita tertutup dan bertentangan dengan percakapan kita. Selalunya bahasa badan automatik berlaku mengikut apa yang kita fikirkan.
Jadi, kita haruslah berjaga-jaga supaya kita tidak terlihat negatif atau tidak ikhlas dengan apa yang kita katakan. Kadang-kadang salah faham ini akan berlaku kerana perbezaan budaya dan sebagainya. Ada 1001 cara untuk belajar bahasa badan yang positif. Belajar dan biasakan.
Dari kecil sehingga besar, kita tidak pernah diajar bahasa badan yang betul walhal bahasa badan adalah cara paling utama manusia membuat penilaian. Jangan lupa nada suara. Itu juga penting dalam menjalin komunikasi yang baik.
Yang paling utama adalah jadi autentik ,jadi diri sendiri, dan guna empati dalam memahami situasi orang lain sebelum berkomunikasi.
Sumber 5 Teknik Berkomunikasi Yang Bagus Yang Buat Orang Suka Pada Anda